"....disebalik tanggapan atau tudingan tersebut, apakah kita cukup mengetahui apa yang sesungguhnya dilalui oleh anak-anak muda metal ketika ini? Bahkan minat itu kononnya telah menjalar menjadi ideologi kepada sebahagian anak-anak muda urban masakini...."
Sejauh mana pemahaman yang berkembang dalam masyarakat kita umumnya, death metal dianggap sebagai muzik yang ditawan oleh masyarakat tempatan dalam komuniti yang berkelakuan "tidak sihat". Kehadirannya kerap dituding sebagai alat penyebaran ideologi yang dianggap "menyimpang", serta mendapat tuduhan- tuduhan yang serong membawa kepadanya.
Itulah gambaran yang diterima hingga ketika ini yang belum terlepas dari pandangan stereotaip masyarakat kita. Namun, disebalik tanggapan atau tudingan tersebut, apakah kita cukup mengetahui apa yang sesungguhnya dilalui oleh anak-anak muda metal ketika ini? Bahkan minat itu kononnya telah menjalar menjadi ideologi kepada sebahagian anak-anak muda urban masakini.
Tulisan ringkas ini cuba menjelaskan kewujudan death metal sebagai aliran muzik beserta simbol-simbol ideologinya melalui satu kes yang ada di dunia.
Death metal, pada kewujudan awalnya bermula dari pecahan sub-genre muzik heavy metal yang berkembang daripada thrash metal pada awal 1980-an.
Ciri-ciri khas yang terdapat didalam death metal adalah pada lirik-lirik lagunya yang bertemakan kekerasan atau kematian, karakter muziknya yang memaparkan nada rhythm guitar tone yang rendah, corak perkusi pesat, dan intensiti yang dinamik. Biasanya vokal akan dinyanyikan dengan menggunakan teknik “Death Grunt”atau “Growls”. Teknik ini juga sering disebut "Cookie Monster Vocals".
Antara beberapa pelopor terawal di dalam muzik ini adalah Venom dengan albumnya ‘Welcome to Hell’ (1981) dan Death dengan albumnya ‘Scream Bloody Gore’ (1987). Death metal kemudiannya telah berkembang dengan kemunculan band-band seperti Carcass, Morbid Angel, Entombed, God Macabre, Carnage, dan Grave. Semangat pemberontakan, rasa tidak puas hati, kekecewaan kelihatan begitu sinonim di sebalik kejayaan dalam muzik ini.
"Gaya" death metal umumnya melalui pendedahan jalinan antara aspek penampilan, pilihan kostum dan aspek muzikal. Ketiganya merupakan satu kesatuan yang utuh dan mudah di amati secara ketara. Namun jika ingin diteliti dengan lebih mendalam lagi, orang akan melihat bagaimana tema-tema ideologi itu dicatatkan, baik dalam kewujudan berkarya dalam muziknya mahupun dalam produk-produk simbolik lain yang melibatkan logo, asesories, pemakaian hinggakan bagaimana ketika produk-produk simbol itu digunakan.
Penggunaannya tidak hanya terbatas jika ada melibatkan persembahan saja, melainkan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian penggunanya. Dengan kata lain, death metal bukan hanya sebaris dalam mempersoalkan tentang muzik, melainkan telah menjadi gaya hidup, ideologi dan simbol perlawanan terhadap masyarakat.
::Muzik Militan::
Band-band metal umumnya akan mengenakan jacket hitam dan seluar army (seluar celoreng askar). Warna dan motif pakaian ini juga mengandungi makna tersendiri. Menurut pemahaman aku, warna gelap pada pemakaian seluar seseorang itu merupakan dan juga berkait dengan dunia kegelapan, suram, jenayah, orang-orang haluan kiri dan juga pemberontakan bahkan kematian. Ideologi-ideologi seperti inilah yang kemudiannya melabelkan muzik death metal sebagai apa yang disebut muzik underground, bawah tanah atau sering disebut juga muzik militan. Seluar celoreng sendiri merupakan simbol tentera, peperangan ataupun pemberontakan.
Ini berhubungan dengan permainan drum yang menggunakan teknik blasting iaitu teknik bermain alat muzik senar pada drum dengan memukul seperti bunyi tembakan pada senjata para tentera. Ciri-ciri umum seperti di atas memang tidak dapat dinafikan akan adanya perbezaan diantara kumpulan-kumpulan yang ada di dunia.
Setiap kumpulan masih mempunyai kebebasan menentukan penampilannya dalam membentuk karakter dan identitinya secara khusus. Dengan lebih jelasnya bahawa "death" adalah kematian dan "metal" adalah logam. Tafsiran death metal adalah seseorang yang mempunyai hati (prinsip) logam dari sisi kematian itu sendiri.
Konsep itulah yang kemudiannya dikekalkan oleh setiap band yang cenderung kepada “death” juga melalui pemutus simbol visual berupa logo. Lambang-lambang yang dihasilkan dalam simbol logo tersebut dibuat melalui pertimbangan-pertimbangan reka bentuk atau art work, pilihan jenis font, warna, dan simbol yang sesuai dengan idealisme kumpulan itu sendiri.
Tidak seperti kebanyakan logo yang membentuk pelbagai kumpulan metal yang umumnya menggunakan lambang berbentuk arnibal (logo atau tulisan seperti akar), ada juga kumpulan yang menghasilkan model-model visual hektogram dan rekaan visual old school yang tegas dan jelas kerana tidak banyak perhiasan yang meliputi dan mencerminkan elegant dan kekuatan, serta bentuknya yang simetri melambangkan keseimbangan.
Selain dari logo, identiti band-band death metal juga conducted melalui lirik-lirik lagu yang bertemakan tentang peperangan, kematian, pemberontakan dan pertikaian senjata yang sebenarnya sama dengan semangat asas konsep muzik death metal itu sendiri.