Monday 2 September 2013

INTERVIEW - 199X



"....kami memilih punk kerana PUNK IS FUN. Di dalam punk tu sendiri telah cukup dengan citarasa-citarasa yang lazat politiknya, perotesnya, lucunya, kenakalanya, idea-ideanya, fesyen-fesyennya yang tersendiri.. yang kini telah di upgrate oleh K POP babi yang menyebabkan punk dianggap sebagai trend..."


Salam, apa khabar 199X, ada bagus dan bagaimana dengan perkembangan band sekarang?
- Salam!! hi gang. Khabar baik...kami disini ok jer...ceewaahhh..hahaha. Perkembangan 199x? ermm kami dalam proses nak siapkan EP pertama kami.

Boleh cerita skit apa yang menarik dengan angka 199X ni dan alang-alang ceritakan tentang sejarah penubuhan korang serta apa konsep yang menjadi nadi band ni?
- Yang menarik dengan angka 199x? hahaha... kami biasa-biasa jer..suka main skate, lucu dan nakal. haha...yang menarik dengan huruf 199X yer...199x adelah angka dan huruf waaakakaka... xder lah..sebenarnya 199x adelah tahun dimana bermulanya kami mula mencintai music, meminati music, mengenali music fasyen tarian music serta ragam didalam scenenya..iaitu dalam tahun 90an.(zaman kanak2)haha..X tu sebagai simbul tahun yang kami tak ingat tahun 199? yang pasti dalam tahun 1990an..X juga sebagai simbul keberanian remaja, protes dan entah! pandai-pandai lah korang tokok tambah pulak hahahhaa...aku menulis bukan kerna nama..(pakcik Ramli Sirap). 199x terdiri dari empat anak muda yang nakal iaitu.
- Jex - Vocalist/Rhythm Guitar - http://www.facebook.com/ajexx
- Raja Geever - Backup Vocal/Lead Guitar - http://www.facebook.com/raja199x
- Edy Lim – Bassist - http://www.facebook.com/edyflux 
- Wan – Sessionist/Drums - http://www.facebook.com/wan.soulmaster 
Awal penubuhan kami pada tahun 2009. dan Jex(vocal) adalah bekas line up 'The Panix' (politikel punk, hardcorepunk) diawal tahun 2000-2008 dan band tu telah berkubur kerana ade sebab-sebab tertentu. Maka Jex pun memilih untuk menubuhkan 199x yang berpaksikan genre punk rock, line up asal 199x ialah Jex, Raja dan Whare selaku drummer manakala Joe sebagai bassist. Pada awal 2012 Joe dan Where meminta kebenaran meninggalkan 199x kerana komitment kerja. Maka 'Edy Lim' mengambil tempat Joe sebagai bassist, 'Wan Soulmaster' sebagai drum sessionist....dan kami masih lagi mencari drummer tetap untuk 199x.

Daripada segi konsep ini, band mana yang dijadikan idola korang dan apa yang korang rasa 199x berbeza dengan band-band lain?
- Konsep yang kami pilih punk rock. ade ska punk sikit-sikit, ade reagea2, riff metal sikit dan jauh sekali DANGDUT HAHAHAHAHA. Idola kami? Ermmm..kami sebenarnya suka mencampur aduk kan idola-idola kami supaya menjadi acuan 199x yang kami sendiri pun kadang-kadang keliru dengan bunyiannya..kihkih.(kesian kat idola2 kami kan?). Influance kami: 'NOFX, ANTI FLAG, HEY SMITH, N.U.F.A.N, TOTAL FAT, RANCID, TRIVIUM, MILLENCOLIN, THE FLATLINERS, US BOMB, SUM41 dan banyak lagi..

Boleh cerita skit mengenai demo korang- 'Take It Or Leave It”. Bila ianya akan diriliskan dan apa yang menariknya lagu-lagu yang terdapat di dalam demo tu?
- DEMO TAKE IT OR LEAVE IT? telah lama diriliskan. Seingat aku 2010 demo tu diriliskan. Sebanyak 250 copy cd telah habis kami jual+bagi free kat kawan-kawan yang bernasib baik...yang MENARIK? ialah sound yang bunyi macam orang tengah lemas. hahaha...

Salah satunya single ‘WATER’ aku suka akan susunan produksi ni. Lagu ni menceritakan mengenai apa dan bagaimana pula dengan track keseluruhan penceritaan dalam lagu-lagu korang tu?
- SINGLE WATER?.. ERRRMMM!!!..Ianya menceritakan perjalanan 1band punk rock yang ingin ke gigs..dalam perjalannya penuh sengan halangan-halangan dan liku-liku untuk menuju kejayaan (cewahhhhh haha)..Dalam lagu tu juga terselit sedikit unsur-unsur politik air yang dipolitikan mereka yang memang dahagakan setitik kehausan cintaku (aik? nape plak bleh ader lirik lagu bunga padang pasir?) ups!! typo error. Muaaahahahaha, sejujurnya lagu tu menceritakan tentang kehidupan disekeliling kita.

Bagaimana pula dengan proses rakaman masa tu dan daripada keseluruhan sound bunyi, korang berpuas hati? 
- Proses rakaman tu sebenarnya terlalu singkat..kalo rasa puas hati pasal record tu memang tak la...sebab masa record lagu tu kami dapat show kat booth Gibson kat Rock The World 2012. Dengan gitar yang tak sihat guna sajer ape yang ade..tu lah hasil yang dapat pada masa tu...syukurlah boleh sound macam tu........kalau nak yang sound ok sikit nantikan EP kami yang 10% lagi hampir siap.hehehe...


"....ini kerana berbezanya pendapat, genre dan idiologi yang dibawa oleh sesetengah band..dan kita pun tahu music kat malaysia ni bermusim-musim...kerna itu juga banyak trend yang baru pun muncul..maka ramailah si pozer-pozer yang bodoh berkacamata macam budak-budak hipster..."
 
Apa definisi Punk itu bagi anda semua. Sejauh manakah revolusi serta idea-idea didalamnya berjaya mempengaruhi kehidupan anda seorang rakyat Malaysia?
- Kami memilih punk kerana PUNK IS FUN. Di dalam punk tu sendiri telah cukup dengan citarasa-citarasa yang lazat politiknya, perotesnya, lucunya, kenakalanya, idea-ideanya, fesyen-fesyennya yang tersendiri.. yang kini telah di upgrate oleh K POP babi yang menyebabkan punk dianggap sebagai trend bagi pendatang -pendatang baru..(KECEWA)

Bagaimana pula revolusi Punk itu dalam kancah underground Malaysia yang korang lihat sekarang?
- Revolusi punk makin dipinggirkan bagi generasi-generasi baru. Tapi bagi yang dah season ade yang masih kuat lagi punknya. Ade yang memilih bermain music. Buat zine dan berpuisi....dengan adanya band-band punk baru dan lama...mereka terus berjuang berjasa pada scene ni dengan mencipta lagu-lagu baru dan video-video clip punkrock yang baru, Seperti BAND CARBON 4 TEEN, THE KOROK, TIM, I SEE DUMB PEOPLE yang kami tahu. Sesuai juga dengan edaran masa..agar dapat mengubah persepsi pandangan masyarakat masakini yang telah diperkosa oleh media-media yang rakus mengaut keuntungan, (im sory MASTIKA)..ke arah yang sihat dan bersih.

Aku selalu mendengar mengenai konsep DIY di dalam scene underground. Boleh ceritakan mengenai konsep DIY (do it yourself) dalam scene underground yang korang tahu?
- Arrrr...bab ni memey beh!!..D.I.Y (do it yourself)? memanipulasikan sesuatu benda untuk diri sendiri. Tidak menumpang atas kesenangan orang lain. Contohnya mencipta lagu-lagu sendiri. Buat design baju sendiri, buat zine dan macam-macam ader hahaha...

Pada pendapat korang, bagaimana untuk menjadi sebuah band itu bagus dan dikenali?
- Berkerja keras, rajin, serius dalam band, ikhlas (bukan kerana glema dan gila nak jadi superstar) tepati masa, pendek kata berdisiplin lah...dan yang paling penting sekali...support, hormat semua jenis genre barulah kita senang nak bergerak...yang paling xbest scene kita sekarang berpuak-berpuak...macam setan!..come on la...

Untuk memperkenalkan muzik Malaysia ke luar, korang ada idea mengenai perkara ni?
- Yang tu kena banyak berkawan..kena pandai ambil peluang,banyak mencipta lagu..kena rajin bertukar pendapat dan idea-idea serta stuff-stuff kita kat orang luar. Jangan malu nak berkawan, nak bertego sapa orang gang, nanti korang juga yang rugi. Kena rajin travel juga..tak pun wat tour kat tempat orang ke...tu bagi pendapat kami la. Ianya bergantung pada rezeki kita juga...so banyak-banyaklah berdoa agar berjaya nanti hohoho..

Kita boleh lihat sekarang ini gig-gig di Malaysia semakin banyak diadakan malah hampir setiap bulan diadakan dalam negeri yang berbeza. Tetapi kebanyakannya gig-gig ini bermain dalam satu atau dua genre sahaja, apa komen anda mengenai perkara ini?
- Bagi pendapat kami ini kerana berbezanya pendapat, genre dan idiologi yang dibawa oleh sesetengah band..dan kita pun tahu music kat malaysia ni bermusim-musim...kerna itu juga banyak trend yang baru pun muncul..maka ramailah si pozer-pozer yang bodoh berkacamata macam budak-budak hipster. hahahaha. Dengan itu juga mereka pun mencipta puak-puak dan geng- gengnya tersendiri dengan perbezaan mazhabnya tersendiri.hahaha....masalah ini MEMEY! dah lame berkampung dalam scene kita ni sejak dari dulu lagi...dah tak boleh nak buat apa dah. Memang orang kita macam ni..takut ketinggalan zaman katakan....dalam kurungan, tak tahu nak pegang yang mana satu..dalam bahasa kelatenya pula..TOK TAHU GAPO NOK!..

Selepas ini apa perancangan korang199X?
- Kami akan terus mencipta lagu2 baru.buat EP baru.nak ubah pandangan masyarakat agar mereka terima kita sama macam orang lain...(jangan hina kami kalau tak kenal kami dulu). Kami akan terus berjuang memanfaatkan peluang yang ada tak kiralah apa pun saluran agar mesej-mesej lagu idea- idea dan hasil titik peluh kami sendiri sampai di telinga si penerima dan si perotes mahupun kriminal hahahaha..

Terima kasih atas kesudian menjawab interview ini. Ada kata-kata pesanan untuk readers di luar sana?
- Kata-kata? pesanan? hahaha...ert....erttttt???...ermmmm???? ertmmm???... sayangilah diri anda, jangan bunuh diri kerana cinta.hahaha.. nah layarilah page kami: https://www.facebook.com/punkrock199x jangan lupa LIKE. Terima kasih juga pada SeliparMalayaZine kerna sudi menginterviu kami. Akhir kata dari kami teruslah menyokong kami. Kalau ada kata-kata yang buat anda terasa atau tidak senang kami minta maaf. Itu adalah kekurangan kami.

"....revolusi punk makin dipinggirkan bagi generasi-generasi baru. Tapi bagi yang dah season ade yang masih kuat lagi punknya. Ade yang memilih bermain music. Buat zine dan berpuisi...."

No comments: