Salam Solidariti

Salam solidariti buat semua. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk berlegar-legar di ruang rupa ini. Secara asasnya SELIPARMALAYAZINE dibina atas dasar untuk berkongsi maklumat mengenai dunia muzik dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan dunia D.I.Y atau bawah tanah khususnya dalam skop yang lebih kecil lagi, ianya dibina atas tujuan berkongsi bahan bacaan yang dinamakan ZINE. untuk itu, aku akan mengimbas dan memuat naik bahan-bahan seperti wawancara, flyers, puisi, kartun dan apa saja yang bergaitan dengan dunia bawah tanah @ D.I.Y yang ada untuk dikongsi bersama.

Untuk menjadi lebih fleksibel, aku tidak menutup skop tujuan ZINE ini kepada zine semata-mata. Aku juga mungkin akan berkongsi newsletter dan juga buku yang baik untuk dibaca bersama. Walaubagaimana pun, keutamaannya tetap diberikan kepada zine. Dan yang paling penting, ianya dapat dikongsi baca untuk kebaikan bersama, walau apa bahan bacaan sekalipun. "BERKONGSI UNTUK REVOLUSI"
(Genre: semua jenis metal, hardcore, punk, grunge, indie, dan DIY semua dialu-alukan)
 
"...jika terdapat sebarang flayer baru, peristiwa, persembahan atau memberi beberapa cadangan, idea atau komen, sila hantar kepada saya dan akan menghargai dan akan bertindak balas kembali secepat mungkin...."

No comments: