Saturday, 27 July 2013

Muzik Bahasa Penyatuan



 "....tak perlulah mengutuk atau memperkecilkan kelompok yang lainnya hanya disebabkan selera muzik kita berbeza..Semua itu hanya akan mencetuskan perbalahan yang tak menguntungkan mana mana pihak...."
 
Kalo dulu-dulu la kan..masa gig underground yang banyak diorganisekan kat Malaysia atau di tempat lain. Boleh kita lihat band-band yang perform terdiri dari pelbagai genre...ada Punk, Metal, HardCore, Grind Core, Ska, Thrash dan lainnya...asalkan muzik semua boleh jalan (join)...Cuma Mat Daud Kilau je yang tak mau ikut sama kalo dijemput..."Pasai pa dia tak boleh nak gelek" katanya...hehehehhee...(aku gurau jee)

Berbeza dengan sekarang, pemuzik kita banyak yang berpuak-puak..masing-masing dengan genre mereka dan tak mahu berkompromi dengan mereka yang mempunyai aliran muzik yang berbeza...Ini aku tengok dah macam parti politik pulak...masing-masing kata merekalah yang lebih bagus dan tegar dalam perjuangan.

Berlakunya semua ini disebabkan oleh pegangan ideologi dan juga EGO yang ada dalam diri penggiat seni itu sendiri...Kalu diperhatikan Skin Head pun ada pelbagai aliran..Hummm ada Malay Power, Sharp, Nazi...Yang memperjuangkan dan mempertahan ideology masing-masing..hingga sanggup berpatah arang dengan yang lainnya...yang tidak sealiran..

Hei bro! Lu apahal!?...Bagi aku kalo dah ideologi tu membuatkan kita berpecah dan berpuak-puak apa ke faedahnya?! Ye tak?...Kita pergi gig layan muzik untuk enjoy, jumpa kengkawan kasi release tension...dah abis tu semua masing-masing kita balik dan jalanilah kehidupan secara normal sepertimana biasa... mempertahankan ideologi ciptaan manusia tidak wajib kita ikut berbanding dengan hukum hakam dalam agama kita...

Tak perlulah mengutuk atau memperkecilkan kelompok yang lainnya hanya disebabkan selera muzik kita berbeza..Semua itu hanya akan mencetuskan perbalahan yang tak menguntungkan mana mana pihak...
Kalo generasi X dulu boleh bersama berganding bahu dalam menjayakan gig gig tanpa mengira apa genre..kenapa tidak bagi orang muda dari generasi Y kini..

Kelompok kita kecil sahaja jadi jangan dikecilkan lagi...Itu pun jika mahu kelompok kamu dihormati... Kerana Muzik Seharusnya Menjadi Bahasa Penyatuan...

No comments: