"...Perkara ni dah lama.. Kita pada awal-awal pon menjadi trendy dan posers.. Pada
aku xkisah sangat kalo diorang senang-senang nak labelkan orang trendy dan
posers kita tengok dulu sapa yang akan bertahan lama dalam scene..
Kadang-kadang yang suka labelkan orang trendy dan posers ni untuk apa?..."
Salam...apa
khabar Tarantulah dan boleh tahu siapa yang menjawap interview ini....
-
Salam kerana sudi menemuramah band kecil kami. Aku Man Rabaxx selaku wakil band
akan menjawab persoalan-persoalan yang diajukan..
O.K..Soalan
pertama aku...cuba cerita macam mana TARANTULAH boleh terlibat dalam dunia U/G
dan kenapa bukannya dalam dunia mainstream juga mengapa pilih 'Raw Punk' dan
kenapa tidak terus saja 'Metal' dalam muzik Tarantulah ni?
- Tarantulah pada tahun 2007 namun mula serius pada tahun 2011 apabila kami bertekad untuk merakamkan karya kami dalam bentuk audio. Secara umumnya kami hanya peminat muzik-muzik keras yang mengunjungi gig berdekatan dan bertekad untuk melahirkan band satu hari nanti, alhamdullialh impian itu dah tercapai sekarang. Raw punk adalah root pada band Tarantulah namun tidak mustahil satu hari nanti akan berevolusi ke arah muzik Metal kerana lineup kami juga pendengar muzik metal yang tegar terutama aku dan bassist.

Bagaimana
dengan line-up dalam band ni, boleh perkenalkan tak?
Tarantulah
2007-2011:
- Man Rabaxx- Vocal / Silentt Shoutt- Drummer / Awe Donde –Guitar
Tarantulah 2012:
- Man Rabaxx – Vocal / Rusak Minda – Gitar / Rock Angel – Bass / Silentt Shoutt- Drum
Tarantulah kini bergerak di Kuala Lumpur namun line up tinggal di 4 negeri yang berbeza.. Namun masa untuk rakaman dan latihan akan diatur berdasarkan kesesuaian dan tolak ansur.

Apa
VISI/MISI TARANTULAH setelah berada dalam scene skang ni?
- Tarantulah bermatlamatkan untuk bekarya dalam bentuk sendiri dimana karya bermula pada lirik atau lebih tepat karya-karya sastera berbentuk sajak dan dimelodikan untuk dan dijadikan lagu sebagai medium penyebaran. Muzik yang diterapkan tidak ditetapkan dalam muzik raw punk semata-mata namun juga turut berevolusi dengan muzik-muzik lain jika bersesuaian dengan lirik-lirik disediakan. Misi ada menghasilkan karya-karya mempunyai originaliti (hakikatnya susah).. hehehe....

Bolehkah
anda dan Tarantulah merialisasikan visi/misi ni jika band dapat bertahan dalam
masa 5 tahun akan datang?
- Terus menghasilkan material dari semasa ke semasa meluasakan jaringan komunikasi banyak buat kawan dari mencari musuh hehehe...

Bercakap
mengenai kehebatan sesebuah band itu, rasanya Tarantulah sudah berada di dalam
zon yang bagaimana?
-
Siapalah kami nak menceritakan tentang kebagusan band sendiri, itu lebih layak
dijawab oleh kawan-kawan yang membeli karya-karya kami. Namun secara amnya aku
berpuas hati dengan sumbangan line up pada masa kini....proses pembelajaran
akan diteruskan dari semasa ke semasa.
Mengenai
lagu dan lirik dalam TARANTULAH, apa yang mendorong anda untuk menulis
sedemikian rupa dan mengapa disampaikan dalam Bahasa Melayu dan bukannya dalam
bahasa mat salleh?
- Seperti yang aku maklumkan Tarantulah bermula pada lirik dahulu kemudian diiringi dengan melodi. Tarantulah selesa dengan cara tersebut sekurang-kurang mengurangkan pengaruh dari band-band yang kami dengar. Buat masa ini karya-karya dihasilkan dalam Bahasa Melayu memandangkan aku sebagai penulis lirik selesa menggunakan Bahasa Melayu. Namun akan datang kami akan menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Hanya masa akan menentukan. Just wait and see hehehe...

Rasanya
penerimaan dengan lagu-lagu yang korang hasilkan tu bagaimana?
- Seperti biasa pasti ada pujian dan kritikan. Kritikan pula datang bentuk membina atau membunuh. Kritikan membina seperti dari segi sound production , mutu rakaman akan diambil berat .. Manakala kritikan untuk membunuh semangat band kami tidak ambil pusing. Buat semak kepala saja hahaha.. Apapon kami lebih menghargai kepada kawan-kawan yang membeli karya-karya kami dalam bentuk original. You Rules!!!

pandangan anda mengenai scene bawah tanah Malaysia setakat ni?
- Perbezaan ketara adalah medium komunikasiyang lebih meluas. Band-band tiada alasan lagi untuk menyebarkan karya-karya mereka. Tarantulah sendiri telah terlibat dalam beberapa kompilasi diluar negara seperti di Indonesia dan split dengan band Thailand dan Indonesia di bawah label D.I.Y Gila Babi Production. Karya-karya baru penting sebagai penyambung warisan generasi terdahulu bagi memastikan D.I.Y culture and roots tidak akan mati.

Demo
sudah keluar, bila lagi TARANTULAH akan mengeluarkan lagi taring supaya orang
boleh kenal TARANTULAH dengan lebih dekat?hehehe...
- Taring? Kami tiada taring hahaha ..Namun apa yang boleh diperkatakan band kami akan terus mengeluarkan material-material akan datang. Penerimaan adalah no.2 kedua penting. Yang paling sejauh mana semangat dan kejujuran untuk hasilkan karya yang memuaskan hati band itu sendiri itu yang paling kami utamakan.

Aku
rasa dari segi sound korang ada mirip-mirip Parkinson/Motorhead atau sewaktu
denganya, band mana lagi yang menjadi idola atau rujukan utama dalam muzik
TARANTULAH dan kenapa?
-
Macam-macam pendapat tentang muzik Tarantulah. Ada yang kata seperti Impetigo,
Parkinson, Motorhead, Rumble Militia, Napalm Death (awal) Nailbomb. Bagi aku
itu pendapat masing-masing dan aku hormatinya. Tarantulah tetap menggunakan
formula yang sama bermula dari lirik kemudian melodi. Apa nak jadi jadi
la..hahaha..
Bagi
TARANTULAH dari segi sound, jika ada mendapat tawaran atau offer labels yang
bagus untuk untuk jadikan sound korang lagi best, sound yang macam mana yang
korang nak?
-
Nak bagi contoh band ke? Kalo contoh band aku suka sound-sound Band Impetigo
dimana setiap lagu mesti ada intro. Soalan ni berkait dengan soalan sebelum
ni.. Soalan perangkap ala paparazzi pon ada hahaha...
"....Tarantulah sendiri telah
terlibat dalam beberapa kompilasi diluar negara seperti di Indonesia dan split
dengan band Thailand dan Indonesia di bawah label D.I.Y Gila Babi Production.
Karya-karya baru penting sebagai penyambung warisan generasi terdahulu bagi
memastikan D.I.Y culture and roots tidak akan mati...."
Sekarang
ni banyak berpendapat UG ni hanya trendy serta mengikut peredaran masa, maka
muncul la POSERS dll hahaha, cuba komen skit pasal ni..?
-
Perkara ni dah lama.. Kita pada awal-awal pon menjadi trendy dan posers.. Pada
aku xkisah sangat kalo diorang senang-senang nak labelkan orang trendy dan
posers kita tengok dulu sapa yang akan bertahan lama dalam scene..
Kadang-kadang yang suka labelkan orang trendy dan posers ni untuk apa? Untuk
dapatkan perhatian atau publisiti murahan untuk band? Hal ni belum hal
fuck-mengfuck band lain.. Band orang lain jangan la kita kacau,, jiakan faham
betol-betol prinsip metal dan punk hal-hal ini tak kan timbul.. so belajar dulu
hormati karya orang lain..Emo aku ni hahha...
Apa
maksud punk & metal bagi falsafah korang..? hahaha
-
Amboi hahaha....Punk dan metal bagi pemahaman aku.. Ni soalan touching knowing
ke apa? hahha.. Ok bagi aku Punk adalah cara pegangan hidup/prinsip yang
mementingkan tiada kokongan sesiapa dalam membuat keputusan untuk kebaikan diri
sendiri. Ini tafsiran mudah aku la apa ertinya punk. Metal pula juga bagi lahir
dari perkara yang dimana situasi dulu-dulu keduanya muncul disebabkan
ketidakpuashatian terhadap sistem, undang-undang, dan perkara lain terhadap
masyarakat.. Punk muncul lebih dahulu sebelum metal cuma bagi metal itu lagi
berat soundnya berbanding.. ok x.. ni harap aku xmerapu hahaha....
Terima kasih kerana sudi di interview. Ada kata-kata
pesanan anda & TARANTULAH pada sesiapa yang baca ZINE ni?
- Terima kasih sudi temuramah band kecil kami. Bagi mana-mana pihak yang iingin mendapatkan demo/bikin split/ nak belanja makan-makan hehehe kami boleh terus email ke tarantulah2012@gmail.com http://www.facebook.com/pages/Tarantulah-MALAYSIA. Terus support band tempatan kita..Jangan jadikan perbezaan minat/ideologi sebagai batun penghalang untuk terus bekarya. Pedulikan kritikan-kritikan membunuh semangat band anda.. terima kasih sekali lagi...

"...Tarantulah bermatlamatkan untuk bekarya dalam bentuk sendiri dimana karya
bermula pada lirik atau lebih tepat karya-karya sastera berbentuk sajak dan
dimelodikan untuk dan dijadikan lagu sebagai medium penyebaran...."
No comments:
Post a Comment