Monday 22 July 2013

INTERVIEW - MUNTAHDARAH




 "....ini adalah kerana faktor POLITIK!! Banyak label-label yang mahu membantu untuk memajukan band-band kita di Malaysia ne..tetapi Politik Bawah Tanah ne saja yang biasanya jadi penghalang untuk memajukan band! Its call MENTALITY BASTARD!!!...."
 
Salam. Baiklah, seperti biasa kata-kata aluan sebelum kita teruskan temubual ini?
- Walaikumsalam w.b.t dan salam sejahtera.. kata-kata aluan? actually kitaorang tak reti sangat berkata-kata nih.. kata-kata kesat pandai laa, terutamanya si Jerry (drummer).. hahaha.. gurau Jer.. rasanya kita truskan ke sesi soal jawab seterusnya.. thanks kepada editor SELIPARMALAYAZINE sebab berminat nak mengenali dan memberi ruang dalam zine beliau.. thanks editor ! dan maaf atas kelewatannya....hehehe 

Bagaimana dengan Scene underground di Sabah setakat ni?
- Scene underground Sabah sekarang tetap cool..dan ada peningkatan dengan lahirnya band-band baru yang memainkan pelbagai genre.. Cuma pendapat aku.. bukan kata tak nak amik tahu, Cuma bagi aku ok lah.. sikap “unite” tuh masih kuat.. tak kira laa dari genre apa dan apa pegangan kau tapi still bole duduk satu meja,bole share stage dengan lain-lain genre dan saling support,bole minum satu gelas (macam besh kan minum satu gelas?) hahaha.. tapi macam biasa la kan.. bunyi-bunyi “anjing menyalak” tuh sering kedengaran juga.. hahaha.. tapi peduli apa.. nak ikut mentality macam nih sampai bila takkan melangkah.. malas la nak cakap lebih-lebih nanti kena cakap orang lama plak lebih-lebih berkata-katra nih.. hahaha.

Hehehe..Ok..Boleh bagitau serba sedikit tentang penubuhan band Muntah Darah dan line-upnya sekali?
- Pada awalnya, band ne di tubuhkan pada penghujung tahun 2010 dmana minat pada muzik jenis Grindcore memang ada dikepala kami..lalu tertubah la band yang ntah apa-apa ntah ne dengan line-up terdiri daripada :

Wan Shairul – Vox
Hery – Gitar
Shawn – Bass
Jerry – blasting drum

Bagaimana pula dengan ideanya dan kenapa ‘Muntah Darah’ di pilihan untuk dijadikan sebagai nama band?
- Ok..kenapa band ne dinama kan muntah darah ya...kami pnh berbincang utk meletakkan nama band ne menggunakan bahasa orang putih,tapi mungkin ada sesetangah orang susah maw menyebutya..so kami ambik nama MUNTAH DARAH..supaya senang disebut dan mudah diingati..hahaha

Tentang konsep muzik Muntah Darah?
- Band MD ne adalah band yang berkonsepkan Grindcore…(sesetengah orang menilainya Death/Grind) .. kitaorang pada awalnya nak main ala-ala old school grind macam NAPALM DEATH tapi bila buat lagu sendiri takda macam lagu NAPALM DEATH.. hahahahaha.. tak reti lah nak cakap camana.. so dari pendengar la nak kategorikan macamana.. hahahaha.. konsep sendiri kot kan? Hahaha  

O.K..Apa berita terkini daripada korang sekarang ni, Ada rilisan terbaru yang korang keluarkan?
- Aktiviti terkini kami adalah persediaan untuk membuat rakaman untuk material terbaru kami yang akan diriliskan oleh 'Grundar Production' (sebuah Label dari JB) dan kami baru saja selesai membuat jelajah sekitar semenanjung Malaysia..(JB-Penang-KL) pada 1-3 Februari 2013 sempena “Necrosymphonies of Mother Whoring" bersama band Grind XXXL Malaysia-Damokis dan Sickness dan berakhir dinegeri kami sendiri pada 16 Februari 2013...yang lalu..
  
"PEMIMPIN DURJANA" adalah material terawal korang. Bagaimana dengan penghasilan dan perjalanan demo tersebut. Adakah sangat memuaskan pada tahunnya?
- Demo “PEMIMPIN DURJANA” rilis tahun 2011.. demo nih kitaorang rilis sendiri. Thanks to BMT STUDIO tempat kitaorang recording untuk firstimenya dalam hidup kitorang. Agak rasa diri macam hanjing juga bila record vox sorang-sorang melalak kat dalam tuh depan mic sambil ada muka-muka hanjing tengok ko jerit-jerit sambil sengih-sengih. Hahaha.. memang pengalaman pertama la katakan.. memang 'JAKUN' orang Sabah cakap. Hahaha.. tapi akhirnya kitaorang berjaya record 6 lagu termasuk intro.. thanks to all yang support Muntah Darah punya 1st demo walaupun tak seberapa tapi tetap habis.. dalam simpanan kitaorang mmg dah takda lagi.. thanks thanks thanks !  dari segi penjualan demo ini sangat memuaskan..kami Cuma membuat 50copy untuk demo ini dan semuanya telah Sold Out..hanya edaran untuk teman-teman terdekat sahaja dan yang menghubungi kami untuk mendapatkannya.


Mengenai ‘OPERASI BANGKAI’pula, bagaimana timbulnya idea untuk split bersama Bahajang ni. Dan menggenai lagu-lagu di dalamnya bagaimana.. adakah lagu baru?
- Ok..Operasi Bangkai ne terhasilnya apabila kami (Muntah Darah dan Bahajang) berada di dalam label yang sama iaitu Grundar Production(thanx a lot to Mr. Prop)..jadi Mr.Prop yang mengaturkan untuk mengeluarkan split ini dimana lagu yang dimuatkan dalam split ini diambil dari demo kami yang telah di re-mastering oleh gitaris kami sendiri untuk tujuan pembikinan split tersebut.

Setakat ni bagaimana pula dengan sambutan demo mahupun split tu?
- Untuk demo pertama ianya telah habis dijual.dan untuk split ne, label terpaksa membuat second copy(100pcs) kerana first release(100 copy) telah habis dijual..dan banyak lagi member-member lain bertanyakan tentang split tersebut..maka Mr.Prop telah berbincang dengan kami untuk membuat lagi 100copy..dan ianya tinggal beberapa copy sahaja lagi.. 

Bila aku baca tajuk pada lagu-lagu korang memang boleh tahan, apakah masej yang korang cuba sampaikan melalui lagu-lagu korang ni, adakah ianya datang dari pengalaman sendiri atau bagaimana?
- Secara jelasnya,mesej yang kami cuba sampaikan adalah berkaitan dengan protes..hehehe...dan semua lagu tersebut adalah melalui pengalaman hidup kami semua atau kita semua yang ada didunia ini...semua pun merasa apa yang kami cuba sampaikan..
  
Korang rasa lirik yang korang tulis tu sampai tak secara simboliknya kepada mereka-mereka yang mendengar?
- Secara simboliknya memang sampai kepada pendengar-pendengar muzik Grind/Death...

Jadi apa yang korang rasa sangat tidak puas hati terhadap system pentadbiran kita Malaysia dalam secara dasarnya?
- Secara amnya, kami tidak berpuas hati dengan system pentadbiran ditempat kita terutamanya dari segi politik..kami sampaikan rasa tidak puas hati kami melalui lagu-lagu kami seperti lagu bertajuk "Kurangkan Harga" (merujuk kepada harga barang semakin meningkat) dan "Kerja Sampai Mati" (tenaga para pekerja dikerh habis-habisan namun hasil yang kita dapat seperti tidk memadai dengan apa yang kita lakukan)

Band yang banyak memberi pengaruh terbesar dalam penghasilan lagu-lagu korang ni?
- Influence kami, Nasum, Napalm Death, Terrorizer, Tyranny, Raja Singa, Damokis, Diseksa, Perpetual, Brutal Truth dan band-band Grind lain.

O.K..Sejauh manakah revolusi/idea-idea di dalam lagu-lagu korang berjaya mempengaruhi kehidupan korang sebagai rakyat Malaysia?
- Em...bagi kami “...Buat saja apa yang kamu maw buat, asalkan kamu tahu siapa kamu...”

Visi dan Misi korang setakat ni?
- Kami maw bagitaw semua orang yang bermain muzik Undergroung bukanlah muzik jahat, bukanlah budak jahat..dan kami maw menyampaikan bahawa kita (UG Scene) adalah golongan yang kuat berusaha dan kreatif.. 

Secara amnya korang lihat scene UG Malaysia sekarang bagaimana?
- Scene Malaysia ok...bagus..kerna golongan yang lama sudi berkongsi pengalaman dan apa saja dengan anak-anak yang baru mahu mengenal apa erti perjuangan dunia bawah tanah. 'RESPECT' pada mereka. 

Pada zaman awal pembabitan korang dalam scene, bagaimana MD memperkenalkan genre muzik korang kepada umum?
- Pada mulanya kami Cuma merekodkan reh kami dan diedarkan kepada teman-teman rapat sahaja. Dan teman-teman itu sentiasa member kami sokongan sehingga ke hari ini. Pada masa yang sama juga, kami banyk bertanya dan belajar dengan abang-abang yang sudah lama berada dalam scene ini. 

Pada pendapat korang, bagaimana untuk menjadikan sebuah band itu bagus dan dikenali?
- Hormat menghormati sesama kita, sentiasa minta tunjuk ajar untuk improve skill, dan yang paling penting, tidak besar kepala bila sudah berada di tahap yang bagus. 

Bagaimana pula dengan DIY scene yang korang lihat?
- Kebanyakan orang masih lagi mengamalkan tradisi DIY ini..kami memang support gerakan-gerakan DIY ini. Kerana DIY adalah rot bagi kita yang berada didunia bawah tanah. Ianya merujuk kepada kekreatifan individu tersebut dan pemikirannya yang luas. 

Mengenai revolusi grind's dalam scene Malaysia yang korang lihat sekarang pula..hahaha?
- Wow..its a good question..kami lebih into kepada muzik GRIND. So kami lihat, muzik Grind sekarang sudah menjadi kegilaan kepada anak2 muda.(harap ianya bukan trendy!!) ada segelintir anak2 muda masih memainkan muzik2 Grind(GrindPunk/DeathGrind/Powerviolence)..ianya kerana minat individu tersebut..tidak kurang juga dengan muzik2 metal..banyak melahirkan band2 yang memainkan Brutal Deatah, Death Metal dan sebagainya. 

Bagi pandangan korang lah kan, adakah scene underground Malaysia sekarang ni unite atau tidak?
- Scene underground Malaysia sekarang kami tengok masih UNITE!! Pasal, masih boleh duduk semeja bercerita tentang dunia bawah tanah.

Mengenai senario muzik bawah tanah Malaysia secara menyeluruh, kenapa muzik Malaysia tidak mampu ke luar? 
- Ini soalan yang bagus. Jawapannya adalah kerana faktor POLITIK!! Banyak label-label yang mahu membantu untuk memajukan band-band kita di Malaysia ne..tetapi Politik Bawah Tanah ne saja yang biasanya jadi penghalang untuk memajukan band! Its call MENTALITY BASTARD!! Kita mahu majukan band kita, tetapi ada diantara kawan-kawan kita mungkin d dalam kelompok kita yang cuba menjatuhkan kita..itu semua pasal rasa iri hati, cemburu dan sebagainya. Sepatutnya saling la menyokong kerana kelompok kita adalah kecil. Apa-apa pun, macam saya caka p tadi “Buat saja apa yang kamu maw buat, yang penting kamu tahu siapa kamu” 

Muntah Darah kini giat mengadakan pertunjukan pentas, ada pengalaman menarik yang boleh di kongsi bersama pembaca atau juga pengalaman pahit jika ada?
- Pengalaman kami buat pertama kali membuat persembahan pentas adalah bersama band dari Indonesia iaitu band MENDIANG(Death/Grind)..pada waktu tuh kami Cuma memainkan 6 lagu sahaja. Dmana showmanship agak kaku..hahha..itulah first gigs kami.. dan kenangan manis pulak bila dapat bermain di semenanjung Malaysia bersama band-band di bawah label Grundar Production.. lagi best bila kami mian dengan semua band-band lama sekitar Sabah.. 

Selepas ini apa perancangan Muntah Darah?
- Kami akan menumpukan sepenuh perhatian kami untuk rakaman material seterusnya..kami giat prektis untuk membuat rakaman.. mungkin ianya EP atau MCD atau FULL-Length barangkali..just wait and see..hehehe..

No comments: