Monday 22 July 2013

INTERVIEW - CLOUDBERRY

"....scene berpecah bila tiada pemuzik yang dapat menghasilkan karya yang dapat menyatu-padukan mereka. Perpecahan begitu susah nak dihuraikan. Ada satu formula sahaja, buang yang keruh ambil yang jernih sahaja Insya'Allah selesai masalah semua ni. Kita perlu terbuka, minda yang luas dan mempunyai hati yang berlapang...." 

Salam/hai, apa khabar...? 
- Wasalam/hai. Terima kasih kepada Selipar Malaya Zine kerana sudi menemuramah pihak kami di Cloudberry. Semoga Zine ini dapat menjadi antara penggerak dan penyumbang terhadap pembangunan industri muzik kita di Malaysia. 

Ok...soalan pertama dan mungkin ini soalan asaslah..Boleh korang ceritakan sedikit tentang penubuhan Cloudberry ni? 
- Cloudberry berasal dari sebuah band yang ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1994 yang bernama ‘Psychedelic Sacrosanct’ yg banyak mengenengahkan muzik ‘Psychedelic Rock’. Selepas perpecahan dari band tersebut, maka pada tahun 1998 tertubuhlah band bernama Cloudberry untuk menyambung variasi muzik Psychedelic Sacrosanct. Kedua-dua band ini adalah dari pengasas yang sama iaitu Nidd Cloudberry dan Nidd Cloudberry juga merupakan Komposer utama di dalam kedua-dua band ini. 

Dan bagaimana pula tercetusnya idea tu? 
- Idea tercetus selepas perpecahan band asal ‘Psychedelic Sacrosanct’. Ini kerana terdapat banyak karya yang masih di dalam proses pembikinan ketika itu, untuk tidak membuang segala idea dan usaha, maka Cloudberry dijadikan sebagai platform untuk muzik karya itu dikeluarkan. Nama Cloudberry juga diambil dari sebuah kamus Oxford lama dan nama itu menarik minat untuk menjadikan satu inspirasi di dalam muzik yang bakal diciptakan. Segala berlaku pada tahun Ogos,1998. 

Boleh perkenalkan line up dan adakah korang berpuas hati dengan ahli jentera sekarang? 
- Cloudberry ketika ini mempunyai 5 anggota utama dan 3 darinya merupakan anggota yang asal. Cloudberry adalah terdiri daripada Nidd (Vox), Wayne (Vox), Boy (Rhythm Guitar), Lord (Bassist) dan Jon (Drummer). Nidd, Wayne dan Boy merupakan anggota asal Cloudberry. Manakala, Jon dan Lord masih sebagai pemuzik iringan yang sentiasa setia membantu Cloudberry. Cloudberry akan menambah bilangan pemuziknya bagi posisi 1st Lead Guitarist, Violinist dan Keyboardist untuk memantapkan muziknya. 

Tentang konsep muzik Cloudberry pula? 
- Muzik Cloudberry secara keseluruhannya berkonsep Grunge Rock yang mempunyai adunan elemen muzik seperti; Metal, Punk Rock, British Pop dan termasuk Rock. Bagi muzik baru Cloudberry kini, Cloudberry berusaha mencuba menghasilkan konsep muzik campuran dari beberapa elemen muzik komersil seperti Pop, Jazz, Blues, Country dan Rock n Roll yang diadunkan ke dalam muzik Grunge. Hasilnya nanti mungkin dapat mewujudkan satu dimensi konsep yg tersendiri dari Cloudberry.

Dan bagaimana dengan pengaruh atau rujukan utama dalam muzik Claudberry? 
- Pengaruh besar di dalam muzik Cloudberry adalah Nirvana, Oasis, Weezer, Ash, Metallica, Korn, Beatles dan Foo Fighters. Intipati muzik band-band ini kebanyakan mempunyai satu titik muzik baru selepas diadunkan/dicampurkan dan ini perlu dihayati sedalam-dalamnya bg mereka yg inginkan sesuatu kelainan pada muzik mereka. Nirvana juga yg menjadi pengaruh muzik yg paling utama Cloudberry kerana mereka mempunyai segalanya di dalam apa yg diperlukan oleh band seperti Cloudberry. Muzik Nirvana sebenarnya belum dikeluarkan secara keseluruhan jika tidak kerana kematian pengasasnya Kurt Cobain, kerana beliau ini mempunyai banyak ilham karya muzik untuk Nirvana keluarkan tetapi terhenti di situ. Kita cuba mengkaji dan mendapati muziknya adalah satu contoh muzik yang cukup berpotensi diteruskan. Hasilnya seperti Foo Fighters berjaya lakukan kesinambungan baru di dalam muzik Nirvana. 

Seperti yang diketahui Cloudberry baru sahaja mengeluarkan mini album terbaru, boleh ceritakan tentang lagu-lagu di dalamnya dan apakah konsep yang Cloudberry tampilkan untuk mini album terbaru ini? 
- Cloudberry baru mengeluarkan album mini pertama berjudul “Remember” yang mempunyai kempen “We Play, Respect and Unite For Music” pada Oktober 2012 yg lalu. Tujuan utama projek Cloudberry ini adalah untuk mengeluarkan semua karya-karya lama kepada peminat Cloudberry di dalam bentuk Album Mini setiap tahun bermula tahun 2012. Lagu-lagu di dalam album mini 2012 ini banyak mengisahkan perjalanan seorang pencinta seni baru ke alam dunia muzik nyata – “GET AROUND”, insan baik yang melalui liku-liku cabaran hidup – “DROVE”, pentingnya perpaduan di dalam komuniti muzik – “REMEMBER”, perasaan seorang pencinta – “FEEL ABOUT YOU” dan kesedaran menjaga alam semulajadi terutama pembalakan haram di Negara kita – “LAMBONG” .. Konsep Cloudberry tampilkan di dalam Album Mini 2012 ini lebih pada muzik 90s Alternative Grunge Rock. Terlalu bercampur-campur konsepnya. Haha.. Kerana 3 lagu pertama ke arah muzik Underground dan 2 lagu terakhir lebih pada komersil. Lagu melayu “LAMBONG” juga masih diperingkat eksperimen. Jika berjaya, ianya akan dijadikan sebagai penanda aras konsep muzik melayu Cloudberry. 

Mengenai projek korang iaitu CATROF. Boleh ceritakan apa itu CATROF? 
- CATROF adalah bermaksud “Cloudberry and The Rest Of Friends”. “Cloudberry” adalah nama band Cloudberry dan “The Rest Of Friends” adalah nostalgia gig awal yang dianjurkan oleh kami dan rakan-rakan di Utara di negeri Perlis Indera Kayangan. Di mana, ketika itu, Perlis merupakan sebuah negeri yang cukup payah dan sukar untuk dianjurkan Gig underground. Kami dan rakan-rakan telah berjaya menganjurkannya pada tahun 1998 dan itu merupakan satu saat manis kami apbila semua genre muzik underground bersepakat dan bergabung tenaga sebagai satu kumpulan besar. Gig “The Rest Of Friends” 1998 telah dijayakan bersama rakan-rakan band luar seperti Custom Daisy, Novokane, Acid Rain, Infireal, Gorgone dan ramai lagi. Manakala, band Utara ketika itu seperti Flossy, Psychedelic Sacrosanct, Cloudberry, Spiderwar dan ramai lagi. Oleh kerana semangat itulah yg membuat pihak kami mewujudkan semula nostalgia bagi memperingati semangat juang pemuzik tempatan di dalam komuniti Underground di dalam CATROF Gig.

CATROF adalah gig jelajah rasmi Cloudberry bersama rakan-rakan muzik seperjuangan. CATROF mempromosi dan membantu rakan-rakan band yang baru atau sebagainya di dalam mengenengahkan muzik mereka tanpa perlu melalui saringan atau pemilihan tertentu di dalam mempersembahkan muzik mereka kepada umum. CATROF sedaya upaya membantu band yang inginkan sokongan. 

Apakah sebenarnya maklamat CATROF ini? 
- Matlamat utama CATROF adalah mewujudkan satu peluang baru kepada semua pemuzik underground untuk promosikan muzik mereka secara bersama tanpa mengira perbezaan komuniti, muzik, gaya variasi dan ideology muzik. CATROF membawa satu kempen yang sinonim sejak diwujudkan iaitu “We Play, Respect and Unite For Music”. Itu sudah membawa satu maksud yang besar kepada semua yang memahaminya sebagai satu perjuangan utama kita semua. Bagi misi lain, CATROF berusaha meningkatkan tahap penganjuran muzik underground yang dibuat secara DIY ini ke arah  bentuk persembahan yang lebih baik, komersil dan mampu menarik minat peminat-peminat muzik tempatan yang berlainan di luar sana untuk turut serta memberi sokongan kepada usaha gerakan pemuzik tempatan underground kita. 

Jadi bagaimana sambutan yang diterima mengenai projek ini dan adakah ianya akan diadakan semula untuk masa akan datang? 
- Untuk permulaan, CATROF masih baru dan Alhamdulillah masih ada yang memberi sokongan yang amat baik tanpa disangka terutamanya band-band jemputan. CATROF dijadualkan terus menjadi platform alternative bagi mereka yg sudi pada setiap tahun. Ianya dianjurkan dari pertengahan tahun sehingga awal tahun baru depan di setiap tahun selagi ada perlancaran album Cloudberry. Pada tahun 2013 ini kita berazam untuk menganjurkan 8 siri jelajah CATROF. Konsep CATROF berubah mengikut tahunnya. 

Mengenai visi dan misi band pula? 
- Visi – memeriahkan industri muzik tempatan dengan hasil karya muzik orang Malaysia.
- Misi – mengeluarkan kesemua hasil karya Cloudberry sejak tahun 1994-2012. 

Bagaimana scene underground pada awal pembabitan korang ketika tu?

- Scene underground ketika awal pembabitan kami sememangnya agak sukar, tambahan band kami cukup derita dengan masalah kewangan hanya karya yg dihasilkan sebagai motivasi untuk terus berada di dalam scene. Dulu semua band underground hebat-hebat dengan karya mereka, kesulitan berkomunikasi seperti scene zaman sekarang cukup berbeza sekali. Sepatutnya scene hari ini lebih sepakat dan bersatu kerana ada medium social yg lebih pantas untuk menyampaikan maklumat dan berita mengenai aktiviti underground. Zaman dulu juga terok dengan keganasan dan kekalutan pemuzik yang jelas riak takabur membawa ideology kitab muzik masing-masing, hanya yang sporting sahaja yang akan lepak dan memahami. Cukup berbeza. Apa yang ada hari ini, patut dihargai dan digunakan sebaiknya untuk menaikkan industri muzik tempatan. Kita ramai pemuzik yg berbakat dan karya yang bagus. 

Scene underground sekarang korang lihat bagaimana? 
- Scene sekarang ada medium yang baik. Saluran promosi yang lebih jelas. Keterbukaan masyarakat hari ini sudah boleh terima muzik yang berbagai-bagai kerana permodenan negara kita pantas dibangunkan di zaman ini. Cuma kekurangan kesatuan hati dan masih berfikiran sempit ala-ala kebudak-budakan mungkin menjadi satu trend yg sukar dibendung utk scene hari ini, Ianya bakal menjadikan mereka ditahap yg sama seperti dahulu. Kita sepatutnya lebih baik dari dulu. Jika dilihat direnungkan .. ramai yg ingin jadi artis dan ramai yg ingin jadi glamer sbb ianya sudah mudah dan ada saluran. Jadi ramai jugak yg sudah memiliki sijil pemuzik instrument sbb banyak IPT ada jurusan muzik dan mereka masing2 mempunyai pendirian sendiri tidak ramai yg berfikiran untuk berjuang secara keseluruhan hati seperti orang dulu-dulu. Kesukaran dan kepayahan org dulu menyebabkan mereka mempunyai jiwa dan hati yg cukup besar. Hari ini pemuzik hanya fikir mereka dan muzik sahja. Penyokong pulak hanya fikirkan band yg diminati. Tiada yang bercakap seperti apa yg dilaungkan. Menyembunyikan diri mereka yg sebenar apb dikhalayak ramai tapi mereka ini sebenarnya tidak seperi yang dilihat. Jadi, sudah jadi macam-macam .. scene skg dan dulu banyak beza dan ada baik dan ada yg buruk.. sama-sama lebih kurang je. Tapi kita masih ada peluang untuk ambil kesempatan hari ini untuk gunakan ia agar menjadi lebih baik. Tidak ubah semua, dapat secebis perubahan sudah mencukupi sebagai bekalan generasi masa depan kita sedar. 

Bagaimana pula revolusi grunge dalam komuniti Ug Malaysia yang korang lihat sekarang? 
- Revolusi grunge,.. huhuh .. Grunge bagus. Muziknya sememangnya cukup elemen muzik yg bertenaga dan antara muzik yg mempunyai keunikan. Tapi, pelik kerana Grunge juga yg sering di belakang scene muzik-muzik underground yang lain. Bagi kami, band-band Grunge perlu ada sedikit disiplin diri, gaya tersendiri, muzik yang mempunyai originality dan mempunyai jiwa yg besar jika ingin membangunkan tapak Grunge di Malaysia. Cloudberry juga masih berusaha, kerana ianya bermula dengan diri kita sendiri. Insya Allah kami ke arah apa yg dicakapkan ini. Kita yakin dengan pemuzik grunge di Malaysia. Ramai sudah yang menunjukkan peningkatan yg cukup hebat. Teruskan mara, perlu pengorbanan dan keazaman yg kuat dapat bantu kita semua. Hati mau bersih dan mesti fikir satu hati dengan rakan-rakan pemuzik grunge yg lain. 

Aku pernah terbaca scene underground Malaysia telah berpecah, tidak unite, berlakunya perpecahan di kalangan undergrounders. Kenapa itu berlaku. Pada pandangan korang, adakah scene underground sekarang unite atau tidak? 
- Penat dan berat sebenarnya topic yang disoalkan ni. Scene berpecah bila tiada pemuzik yg dapat menghasilkan karya yg dapat menyatu-padukan mereka. Perpecahan begitu susah nak dihuraikan. Ada satu formula sahaja, buang yg keruh ambil yg jernih sahaja Insya Allah selesai masalah semua ni. Kita perlu terbuka, minda yg luas dan mempunyai hati yg berlapang .. boleh menerima segala teguran dan boleh menerima sesiapa sahaja. Overall, scene masih ditahap suam-suam kuku. Belum solid unite. 

Pada zaman awal pembabitan korang di dalam scene, bagaimana korang memperkenalkan muzik Cloudberry kepada umum? 
- Sebarkan kepada kengkawan dan bermain gig yg sudi menerima muzik kami. Buat demo guna kaset pastu jual dan sedekah kepada kengkawan. Ada flyers kita sebarkan by hand. Itu sahaja. Nak ada website atau akaun facebook atau seangkatan dengannya sememangnya jauh sekali. Haha.. 

Pada pendapat korang juga, bagaimana untuk menjadikan sebuah band yang bagus dan dikenali? 
- Formula yg kita ketahui = Karya yg originality yg hebat + Ada pelbagai kelainan + rangkaian Online luas + rangkaian industri muzik yg luas + Rangkaian muzik luar Negara + kewangan yg selesa + skill muzik tinggi + Disiplin + attitude bagus + rajin + visi misi yg ada jangka masa panjang + focus + pasukan sokongan di belakang band muzik yg hebat  + sokongan hebat dari masyarakat berbilang bangsa = Band Terbaik! (hahaha..) itu kira kalo band rajin .. 

Mengenai senario muzik bawah tanah Malaysia secara menyeluruh, kenapa muzik Malaysia tidak mampu ke luar? 
1) Masalah Kewangan 2) Masalah lineup 3) Masalah karya yg tiada originality 4) Karya tiada kelainan 5) Masalah tiada saluran media utama 6) sokongan hanya pada muzik komersil sahaja 7) masalah perpaduan sesama kita yg tidak bersatu hati 8) Saluran pentas yg berbeza-beza 9) Masalah komuniti yg berbeza-beza 10) Kronisme 11) Pentingkan diri 12) Pilih kasih …. Hahaha. Last but not least .. 13) Masalah diri… disiplin masing-masing Out! 

Apa definisi grunge pada Cloudberry? 
- Grunge merupakan satu adunan muzik yg abstrak dari beberapa elemen muzik terpilih dan diterjemahkan di dalam satu bentuk muzik yg penuh emosi, geram, marah, tegas, sayu, sedih, derita, perit, amaran, ingin manja, ingin menumpang kasih, memberi pesanan .. ringkas tapi padat dengan bunyiannya yg cukup tebal, karat, kering basah dan seangkatannya .. dengan hanya sedikit keriangan kepuasan diri ketika persembahan unik yg sering dilihat sebagai ‘trademark’nya.. Kehidupan kami menjadi lebih peka terhadap org lain, soal penting diri sendiri sudah tiada.. Itu pengaruh revolusi idea Grunge di dalam kehidupan kami..

Bagimana pula dengan deal/bayaran sebelum memulakan sesuatu event/gig tu. Bagaimana korang menentukan benda ni
 - Kami tentukan dengan nilai penganjuran yg dijalankan .. kita kena tgk siapa penganjurnya .. mmg tak dinafikan ada penganjur yg ambil kesempatan .. ada penganjur yg sememangnya ikhlas menganjurkan gig tetapi tidak pernah cukup kewangannya .. biasanya tiada bayaran dikenakan di gig underground kecuali yg jauh-jauh sehingga melibatkan kos yg tinggi kepada kami .. kami lebih sasarkan bayaran tinggi terhadap gig luar Negara sahaja .. jika ada la .. hahahaha .. penganjur yg berorentasikan keuntungan dan sememangnya ada keuntungan .. kita mungkin caj ikut nilai kami .. jika pengetahun yg sedia maklum apabila band sudah serius ke tahap album dan komersil, sememangnya ada nilainya sendiri .. kerana usaha mereka di situ sudah menjadi titik nilai sebuah band muzik .. bagi yg faham. Kami juga fahami band lain-lain juga ..

Kita boleh lihat sekarang ini gig-gig di Malaysia semakin banyak malah hampir setiap bulan di adakan dalam negeri yang berbeza. Tetapi kebanyakannya gig-gig ini bermain dalam satu atau dua genre sahaja, apa komen?   
- Ianya tertakluk kepada penganjur itu tersebut .. sebab gig itu dianjurkan menggunakan kewangan mereka sendiri .. mereka berhak memilih dan menentukan mengikut kehendak mereka sendiri .. soalan ini cukup subjektif .. jika boleh sememangnya ramai yg inginkan gig campur-campur genre .. tapi itu perkara mudah .. ianya bergantung matlamat penganjuran gig itu sendiri ..

Selepas ini apa perancangan Cloudberry? 
- Cloudberry akan terus bekerja mengikut jadual yg ditetapkan rakaman kedua album mini Cloudberry bagi tahun 2013 akan disiapkan mengikut jadual .. dan MTV pertama Cloudberry akan dilancarkan .. begitulah dengan tahun-tahun berikutnya .. sama saja .. sehingga habis projek Cloudberry pada tahun 2018 .. harap maklum .. Buat kerja muzik untuk kepuasan diri tiada paksaan kepada sesiapa baik pemuzik mahupun peminat muzik .. 

Terima kasih atas kesudian menjawab interview ini. Ada kata-kata akhir dari korang kepada reader's baru Cloudberry di luar sana? 
- Terima kasih kepada Selipar Malaya Zine sekali lagi .. Penghargaan tertinggi daripada kami di Cloudberry semoga Zine anda terus menerus berada di pasaran tempatan .. itu adalah sumbangan yg amat bermakna sekali untuk industri muzik kerana ianya satu medium klasik di dalam dunia underground .. anda memang rare!!! Kepada pendengar-pendengar baru Cloudberry teruslah memberi sokongan kepada muzik Cloudberry .. Insya Allah sokongan yg diberikan tidak akan dihampakan .. malah kami akan menghargai anda dengan bermacam-macam agenda untuk peminat muzik kami .. jangan lupa untuk terus mengikuti kami, muzik kami dan aktiviti gig kami .. di facebook kami dan website kami .. dan teruskan mengumpul koleksi album Cloudberry setiap tahun .. memang karya Cloudberry akan ada keluaran baru pada setiap tahun bermula tahun 2012 .. Okay dan jangan lupa kita “Berkarya, Beriadah dan Beribadat” mau sentiasa ada di dalam hati kita dan teruskanlah “We Play, Respect and Unite For Music” untuk semua pemuzik tempatan kita .. mesti mau ada di dalam hati .. sekian, terima kasih dan jumpa lagi nanti .. Cloudberry@2013.

No comments: