Tuesday 23 July 2013

INTERVIEW - AJAL


"...memang Ajal membawa 'Eastern Black Metal' dari penubuhan hingga kini dan ianya akan kekal sampai bila-bila! Ajal memang banyak terpengaruh dengan band-band tempatan yang memperjuangkan Eastern Metal. Mereka lah nadi Ajal untuk terus wujud berkarya...terus memperjuangkan Eastern Metal dan bahasa melayu itu sendiri menjadi pilihan untuk berkarya..."

Salam Hailz, apa khabar, Ajal?
- Wasalam,...sihat hendaknya..
 
Boleh anda ceritakan tentang sejarah awal Ajal kepada mereka yang mungkin tidak begitu mengenali dan mengetahui kewujudan band ini?
- Ajal mula tubuh pada Disember 2008 yamg kesemuanya berasal dari Kuala Lumpur. Masa tu aku (Rohja’at) memang nak tubuh band. Mungkin memang dan sampai masanya,.hehehe dan sebab dah kerap dengar lagu-lagu orangkan...nak gak diri sendiri berkarya plak, mase tu memang gila ngan band2 'Eastern' tempatan seperti Vulga, As-Sahar, Langsuyr, Nebiras, Aradia, Neftaraka, Mandatory, Rator dan Mistik. Lepas tu aku ajak la 'Luhant’nath'-(drum),.dia cakap nak fikir dulu sebab masa tu memang die main band gak,.lepas 2 minggu die kate on,..so Si 'Luhant’nath' ni ajak 'Warxsick'-(2nd gitar)...kawan die kat kawasan rumah.... perkenalan dengan 'Shiethunt'-(1st gitar) pulak dikelankan oleh 'Acab'-(drummer sourtury-rip). Lepas dah duduk semeja mula ja jamming. Masa tu jamming la lagu biasa-biasa,..lagu Langsuyr, As-Sahar ,SYJ dan lagu-lagu biasa-biasa,.lepas dah 4,5 kali jamming baru la si Warxsick buat lagu...dan lirik sepenuhnya dalam demo dikarang oleh aku sendiri .

Dari tercetusnya idea tu maka lahirlah nama Ajal ni...?
 - Ya...macam dikatakan tadi mungkin terlalu kerap dengar lagu band-band tempatan dan rasa ingin berkarya tercetusnya idea untuk menubuhkan band,...juga untuk memeriahkan industry bawah tanah Malaysia.


"....definasi black metal bagi aku sendiri seperti rentak dan irama yang memukau dari segi gitar, drum mahupun suara, mahupun lagu itu laju atau perlahan,..biasanya pendengar black metal itu hanyalah minoriti. ianya adalah dari individu tu sendiri untuk menerima atau tidak.Ianya sekadar hiburan...."

Pernahkah Ajal mengalami beberapa pertukaran line-up jadi boleh perkenalkan line up yang terdahulu hingga yang terkini?
- Pada asalnya Ajal hanya berempat iaitu 'Rohjaat'-(vocal), 'Luhant’nath--(drum),'Warxsick'-(2nd gitar) dan 'Shiethunt'-(1st gitar). Tempat bass juga diisi oleh beberapa pemain seperti Wanx, Erueblish dan Nuraq’khah. Nuraq’khah telah bermain dengan Ajal pada 2010 sehingga kini, dan beberapa pemain bantuan untuk gig seperti 'Hantu Kepalang'-(band Antaboga-bass) dan 'Jaan-- (1st gitar).

Ajal telah diberi dengan pelbagai konsep oleh pendengar. Anda pernah mengatakan Ajal membawakan konsep "Kemelayuan atau Eastern Black Metal". Adakah anda masih kekal dengan konsep seperti ini dan apa yang memperngaruhi setiap aspek perjalanan dalam hala tuju muzik Ajal tu pula?
- Eastern Metal memang dah lama bertapak kat Malaysia nie,...banyak band yang menggunakan bahasa melayu dalam karya-karya mereka. Ajal hanya salah sebuah band yang meneruskan perjuangan 'Eastern Metal'. Ya,..memang Ajal membawa 'Eastern Black Metal' dari penubuhan hingga kini dan ianya akan kekal sampai bila-bila! Ajal memang banyak terpengaruh dengan band-band tempatan yang memperjuangkan Eastern Metal. Mereka lah nadi Ajal untuk terus wujud berkarya, terus memperjuangkan Eastern Metal dan bahasa melayu itu sendiri menjadi pilihan untuk berkarya. Banyak band yang seangkatan dengan Ajal seperti Santau, Antaboga, Al-Azazhil, Polong, Temerity, Ablasa, Natrah dan macam-macam lagi...

"Ajal Tiba Bila Seruan Menjelma" merupakan material yang paling dekat dengan Ajal, kenapa demo tu tidak dikeluarkan secara rasmi, kenapa anda mengambil keputusan sebegitu dan boleh ceritakan sedikit mengenai demo tersebut? adakah korang sangat berpuas hati dengan rilisan tersebut pada ketika tu?
- Demo tu rasanya ok la rasanya untuk permulaan Ajal. Demo tu semasa rakaman memang tak ada bass ada masalah. so teruskan ja la,..sebab dah banyak kali tunda-tunda tarikh untuk record. Layan ja la, Tidak dikeluarkan secara rasmi?maksudnya hebah diradio?hehehe...demo tu pun hanya untuk kenalan rapat, band-band dan zine-zine ja,.sekadar percubaan pertama,.sapa yang ada tu kira Khazanah Negara yang tidak ternilai,.hehe,.masa abis record tu rasa puas dapat keluar hasil yang pertama dari band. 

Selain demo pertama ada rilisan-rilisan lain yang Ajal keluarkan?
- Ada juga split dan kompilasi dari dalam dan luar Negara. yang terbaru Ajal rilis EP "Jahannarakah” sebanyak 666 salinan CD oleh (MTD Production, Eastern Voice Production, Malaysia) dan 66 salinan kaset (Salute Records, Sweden) dan 4 way split “Eastern Hell Fire” Ajal, Kambing Sakti(Sarawak), Antaboga(Selangor), Keruntuk(Sarawak).

Mengapa memilih MTD Production(Malaysia The Darkness) untuk rilisan pertama, dan dengar khabar anda juga berkerjasama dengan label Hellhouse (Thai), bagaimana anda boleh bekerjasama dengan mereka atau ada Ajal berkolaberasi dengan label-label lain dari luar?
- MTD Production itu adalah kepunyaan aku sendiri. Label Hellhouse666 (Thai) itu pula dikenalkan oleh kawan aku Udin(Singhasari). Sebab band die pun rilis kaset dengan label tu,.so aku pun deal dengan label tu rilis demo Ajal dalam bentuk kaset. Kalau nak rilis pakai label oversea kene banyak bertanya,.masa zaman myspace dulu memang banyak hubungi label-label luar,.trade-trade cd,. 

Lirik lagu-lagu Ajal berkisar mengenai apa, adakah mengenai kematian semata-mata?
- Lirik-lirik Ajal banyak berkisahkan tentang mati, kehidupan selepas mati, perjuangan, ilmu hitam, semangat melayu kuno, maruah bangsa, anti zionis.Dulu ada 'webzine' dari Mexico hentam Ajal,.sebab Ajal ada buat lagu ‘Zionis Keparat”. Dalam hujah webzine die kata apa kene mengene Malaysia dengan Israel, dan black metal tak ada kene mengene dengan zionis,.hahaha,.kami baca kami gelak ja, pergi jahanam la,..kami berkarya apa yang kami suka,.EP Ajal yang terbaru memang disertakan lirik dekat cover dalam,..boleh la beli dan tengok macam mana,.hee... 

Bagaimana dengan penerimaan pendengar diluar sana?
- Pendengar luar ada yang suka ada yang tak suka,.biasa la tu,.suka ke tak suka ke kami tak kesah pun,.kami ada pendengar kami sendiri. 

Apa definisi black metal bagi anda semua, Sejauh manakah revolusi/idea-idea didalamnya berjaya mempengaruhi kehidupan anda seorang rakyat malaysia?
- Definasi black metal bagi aku sendiri seperti rentak dan irama yang memukau dari segi gitar, drum mahupun suara, mahupun lagu itu laju atau perlahan,..biasanya pendengar black metal itu hanyalah minoriti. ianya adalah dari individu tu sendiri untuk menerima atau tidak.Ianya sekadar hiburan.  

Pernahkah band anda ini disalah ertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab @ disabotaj oleh sesetengah pihak?
- Tidak pernah,.kalau ada pun kami tak kesah,. 

Mengenai sesetengah individu menggelarkan diri mereka sebagai True Black Metal? 
- Hahahha,. Nak true ke false ke terpulang la kepada individu tu sendiri, Kami tak kisah pun. 

Apakah visi/misi Ajal setelah berada di landasan ini?
- Kewujudan ajal hanya unuk berkarya dan memperjuangkan Eastern Metal.

Ini pula mengenai isu tepu menepu dalam scene metal, bagaimana korang melihat perkara ni?
- Nak band tepu tahap makan babi, bakar gereja, anti tuhan layan la band oversea,.band-band tempatan ni aku tak tahu la tahap ketepuannya macam mana,hahah.Ajal ni biasa-biasa ja, sekadar band metal kampong yang sayangkan agama yang dianuti dan respek agama lain.

 Kita boleh lihat sekarang ni gig-gig di Malaysia semakin banyak diadakan, kebanyakannya gig- gig ni bermain dalam satu atau dua genre sahaja, apa pandangan anda mengenai perkara ini?
- Bagus la macam tu,...kalau 1,2 genre ja,...tetapi aku tengok sekarang ni macam banyak campur aduk ja,...sbb orgeniser pun tak nak rugi kan,...hahaha,...dan aku salute pada orgenise yang bawak band oversea dating Malaysa macam Napalm Death, Dying Fetus,Sepultura(hampir-hampir nak sampai walaupun kansel.... 

Pandangan anda tentang gerakkan U/G dulu berbanding sekarang mcm mana? tak kisah lah apa pun genre yang aku perasan scene MALAYSIA mula penuh dgn band pendatang baru yg bagus-bagus...apa pendapat anda?
- Aku kurang pendedahan dengan band-band genre lain,...kalau band metal lama seawal 90’an semua masih steady macam As-Sahar, Hayagriva ,Langsuyr, Neftaraka,.mereka masih mengeluarkan album-album baru dan main gig disekitar Malaysia. Band-band baru aku agak kurang pendedahan,.

Selepas ini apa perancangan Ajal?
- Selepas ni Ajal ada join 4 way split “Eastern Hell Fire” Ajal, Kambing Sakti(Sarawak), Antaboga (Selangor), Keruntuk(Sarawak). Mungkin keluar pada tahun depan,


Terima kasih atas kesudian jawab interview ini. Kata-kata terakhir dari anda kepada pendengar-pendengar baru di luar sana?
- Terima kasih pada Selipar Zine yang sudi temuramah Ajal,.walaupun ajal ni tak ada apa yang best pn,.Dan dapatkan EP Ajal yang terbaru “Jahannarakah”, rilis hanya 666 salinan,.terus menyokong band tempatan tanah air,.Salam..hehehe.
hubungi Ajal di :
email : bandajal@yahoo.com

facebook : www.facebook.com/ajal666
myspace : www.myspace.com/ajaldajal

 

No comments: