Monday 23 December 2013

DEATH METAL DAN IDEALOGI


"....disebalik tanggapan atau tudingan tersebut, apakah kita cukup mengetahui apa yang sesungguhnya dilalui oleh anak-anak muda metal ketika ini? Bahkan minat itu kononnya telah menjalar menjadi ideologi kepada sebahagian anak-anak muda urban masakini...."

Sejauh mana pemahaman yang berkembang dalam masyarakat kita umumnya, death metal dianggap sebagai muzik yang ditawan oleh masyarakat tempatan dalam komuniti yang berkelakuan "tidak sihat". Kehadirannya kerap dituding sebagai alat penyebaran ideologi yang dianggap "menyimpang", serta mendapat tuduhan- tuduhan yang serong membawa kepadanya.

Itulah gambaran yang diterima hingga ketika ini yang belum terlepas dari pandangan stereotaip masyarakat kita. Namun, disebalik tanggapan atau tudingan tersebut, apakah kita cukup mengetahui apa yang sesungguhnya dilalui oleh anak-anak muda metal ketika ini? Bahkan minat itu kononnya telah menjalar menjadi ideologi kepada sebahagian anak-anak muda urban masakini.

Tulisan ringkas ini cuba menjelaskan kewujudan death metal sebagai aliran muzik beserta simbol-simbol ideologinya melalui satu kes yang ada di dunia.

Death metal, pada kewujudan awalnya bermula dari pecahan sub-genre muzik heavy metal yang berkembang daripada thrash metal pada awal 1980-an.

Ciri-ciri khas yang terdapat didalam death metal adalah pada lirik-lirik lagunya yang bertemakan kekerasan atau kematian, karakter muziknya yang memaparkan nada rhythm guitar tone yang rendah, corak perkusi pesat, dan intensiti yang dinamik. Biasanya vokal akan dinyanyikan dengan menggunakan teknik “Death Grunt”atau “Growls”. Teknik ini juga sering disebut "Cookie Monster Vocals".

Antara beberapa pelopor terawal di dalam muzik ini adalah Venom dengan albumnya ‘Welcome to Hell’ (1981) dan Death dengan albumnya ‘Scream Bloody Gore’ (1987). Death metal kemudiannya telah berkembang dengan kemunculan band-band seperti Carcass, Morbid Angel, Entombed, God Macabre, Carnage, dan Grave. Semangat pemberontakan, rasa tidak puas hati, kekecewaan kelihatan begitu sinonim di sebalik kejayaan dalam muzik ini.

"Gaya" death metal umumnya melalui pendedahan jalinan antara aspek penampilan, pilihan kostum dan aspek muzikal. Ketiganya merupakan satu kesatuan yang utuh dan mudah di amati secara ketara. Namun jika ingin diteliti dengan lebih mendalam lagi, orang akan melihat bagaimana tema-tema ideologi itu dicatatkan, baik dalam kewujudan berkarya dalam muziknya mahupun dalam produk-produk simbolik lain yang melibatkan logo, asesories, pemakaian hinggakan bagaimana ketika produk-produk simbol itu digunakan.

Penggunaannya tidak hanya terbatas jika ada melibatkan persembahan saja, melainkan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian penggunanya. Dengan kata lain, death metal bukan hanya sebaris dalam mempersoalkan tentang muzik, melainkan telah menjadi gaya hidup, ideologi dan simbol perlawanan terhadap masyarakat.

::Muzik Militan::

Band-band metal umumnya akan mengenakan jacket hitam dan seluar army (seluar celoreng askar). Warna dan motif pakaian ini juga mengandungi makna tersendiri. Menurut pemahaman aku, warna gelap pada pemakaian seluar seseorang itu merupakan dan juga berkait dengan dunia kegelapan, suram, jenayah, orang-orang haluan kiri dan juga pemberontakan bahkan kematian. Ideologi-ideologi seperti inilah yang kemudiannya melabelkan muzik death metal sebagai apa yang disebut muzik underground, bawah tanah atau sering disebut juga muzik militan. Seluar celoreng sendiri merupakan simbol tentera, peperangan ataupun pemberontakan.

Ini berhubungan dengan permainan drum yang menggunakan teknik blasting iaitu teknik bermain alat muzik senar pada drum dengan memukul seperti bunyi tembakan pada senjata para tentera. Ciri-ciri umum seperti di atas memang tidak dapat dinafikan akan adanya perbezaan diantara kumpulan-kumpulan yang ada di dunia.

Setiap kumpulan masih mempunyai kebebasan menentukan penampilannya dalam membentuk karakter dan identitinya secara khusus. Dengan lebih jelasnya bahawa "death" adalah kematian dan "metal" adalah logam. Tafsiran death metal adalah seseorang yang mempunyai hati (prinsip) logam dari sisi kematian itu sendiri.


Konsep itulah yang kemudiannya dikekalkan oleh setiap band yang cenderung kepada “death” juga melalui pemutus simbol visual berupa logo. Lambang-lambang yang dihasilkan dalam simbol logo tersebut dibuat melalui pertimbangan-pertimbangan reka bentuk atau art work, pilihan jenis font, warna, dan simbol yang sesuai dengan idealisme kumpulan itu sendiri.

Tidak seperti kebanyakan logo yang membentuk pelbagai kumpulan metal yang umumnya menggunakan lambang berbentuk arnibal (logo atau tulisan seperti akar), ada juga kumpulan yang menghasilkan model-model visual hektogram dan rekaan visual old school yang tegas dan jelas kerana tidak banyak perhiasan yang meliputi dan mencerminkan elegant dan kekuatan, serta bentuknya yang simetri melambangkan keseimbangan.

Selain dari logo, identiti band-band death metal juga conducted melalui lirik-lirik lagu yang bertemakan tentang peperangan, kematian, pemberontakan dan pertikaian senjata yang sebenarnya sama dengan semangat asas konsep muzik death metal itu sendiri.

SeliparMalaya Zine Issue 3

SELIPARMALAYA ZINE Issue #3/December 2013 telah berada di pasaran gelap sekarang. Turut memuatkan temubual bersama beberapa band seperti:

- BOIL
- ACO/ABO
- 66ROADS
- PUNAHRANAH
- CARBON 4'TEEN
- REHEARSE
- CATAGXIAN
- REASON TO REASIST
- SAUTS ALASTOR
- THORNS OF HATE
- AZHAR EMPAYAR DISTRO

CONTACT:
www.facebook.com/pages/SeliparMalayaZine
xatanx: 017-320 6381

Tuesday 17 December 2013

Kata-Kata Renungan


"....Iblis dalam underground sebenarnya tidak ditakrifkan sebagai figure makhluk yang menyeramkan. Dengan tanduk di dahinya dan membawa tombak yang menyala-nyala, yang hidup dalam tempat yang bernama "neraka". Iblis adalah sesuatu yang membawa kita kedalam suatu kesesatan..."

Dalam dunia underground, kata-kata seperti iblis, mati, neraka, siksa, dan syaitan sangat lazim digunakan.Padahal, menurut orang awam, kata-kata tersebut adalah kata yang menakutkan bahkan menjadi kata yang dianggap tidak layak untuk diucapkan.

Dari segi makna, memang kata-kata tersebut memang mempunyai makna yang boleh dikatakan "bertentangan" dengan kehidupan manusia.

Tapi apakah anggapan ini benar?

Dalam dunia underground, sebenarnya tidak mengenal hidup atau mati kerana orang yang mempunyai mental underground menganggap dirinya akan tetap hidup walau jasadnya sudah mati. Kadang kala kematian dianggap sebagai suatu kebahagiaan, bukan sebagai hal yang menakutkan ...

Lalu apa makna kata "Iblis" atau "Syaitan"?

Iblis dalam underground sebenarnya tidak ditakrifkan sebagai figure makhluk yang menyeramkan. Dengan tanduk di dahinya dan membawa tombak yang menyala-nyala, yang hidup dalam tempat yang bernama "neraka". Iblis adalah sesuatu yang membawa kita kedalam suatu kesesatan. Entah itu berwujudkan harta benda, sifat manusia, nafsu, dan segala hal yang membuat kita terjerumus kedalam hal yang tidak diterima oleh agama dan perintah hidup manusia. Iblis sangat dekat dengan kita, di dalam hidup kita. Hal-hal yang kita anggap baik, boleh menjadi iblis yang sangat kuat untuk dilawan.

Contohnya, kita bekerja siang malam, dengan alasan menyara dan mencukupi keperluan anak isteri.

Adakah itu benar? Jawabnya "Tidak". Hidup manusia tidak hanya dengan harta .. Apakah seorang anak mahu ditinggal oleh ayah ibunya hanya demi harta? Adakah seorang isteri rela ditinggal suaminya hanya demi wang?

Iblis sangat berpengaruh dan mempengaruhi pemikiran kita. Seseorang yang telah masuk dalam jeratan iblis tidak akan tenang dalam menjalani hidupnya meskipun hartanya banyak dan meskipun ia mempunyai pangkat dan jabatan yang tinggi.

Lalu bagaimana kita boleh lepas dari jeratan syaitan?

Untuk lepas dari Iblis, Kita harus rela "mati" atau menerima "maut" dalam hidup kita. Mati disini bukan bererti kehilangan nyawa, melainkan "mengubur" sifat duniawi kita yang berlebihan dan kembali "hidup" dalam perintah hidup manusia secara benar. Kekuatan yang boleh dan sering dipakai adalah agama. Semua perintah hidup manusia berasaskan oleh "Tuhan". Orang yang percaya dan beriman pada Tuhan dalam dirinya tidak akan mudah rapuh oleh iblis. Kerana iblis tercipta oleh pemikiran kita sendiri. Bukan dari orang lain. It is our maker devil .....

Hal yang perlu diingat adalah jangan pernah takut akan iblis dan kematian. Keduanya adalah merupakan suatu simbol yang digunakan untuk menyekat kedua dunia iaitu yang benar dan yang salah...

Janganlah takut kalau kita masih percaya!!!

Kesan Dan Masih Terkesan


"...muzik perlu dilihat sebagai cermin untuk proses penjiwaan yang sarat dan bernas. Tidak menjadi masalah jika mahu memainkan muzik apa pun, tetapi jangan malas. Jangan malas mengaji, jangan malas meneroka daerah-daerah baru...."

Selepas beberapa ketika – tahun sebetulnya – khalayak muzik Malaysia masih lagi terperangkap dengan permainan yang tidak difahami.


Kegagalan kita untuk mengeluarkan diri dari hambatan trauma muzik luar yang berlonggok di sini harus diseluti dengan pengamatan yang matang.

Aku mengutarakan hal ini (lagi) – walaupun isu lapuk – adalah kerana belum ada tawaran penyelesaian yang kelihatan. Tidak perlu lagi menyalak tentang peranan radio, sikap masyarakat dan apa saja alasan sebelum ini. Kini masa untuk berfikir. Penggiat muzik, penyanyi serta pemuzik itu sendiri perlu proaktif. Bukan lagi menjadi gergasi mandom yang hanya duduk dan berdehem dengan maksud mahu menggegarkan gema gua.

Malaysia, walaupun mempunyai ramai penyanyi dan pemuzik yang bagus, tetap tenggelam dengan kebodohan sendiri. Kita tidak menawarkan sesuatu yang benar-benar menyanggah pandangan sinis pihak lain, termasuk masyarakat sendiri untuk menerima dengan lapang dada muzik yang kita ada.

Ini semua di atas diri penglibat industri muzik itu sendiri, bukan orang lain.

Satu perkara yang aku terkesan dan mahu dilontar di sini adalah kenyataan ini; "hasilan muzik dari Malaysia pada dasarnya tidak mempunyai isi atau substance yang betul-betul kuat. Ini bukanlah sweeping statement secara total, tetapi lebih kepada gambaran realiti yang ada..."

‘Substance’ yang dimaksudkan di sini adalah ‘pengalaman, perih-jerih, suka gembira, lintang-pukang’ atau apa saja naluri yang akhirnya menyentuh secara langsung halwa pendengar. Muzik sebenarnya bukan muzik. Muzik hadir dengan satu lenggok kuasa intimasi antara sang penyampai dengan pendengar. Perkongsian rasa.  Perhubungan langsung atau masalah yang berpijak pada persekitaran yang menginspirasikan muzik tersebut. Soal komersil itu hal lain.

Penulisan muzik pada kasarnya di sini ada terkandung sifat-sifat yang dinyatakan tadi. Tetapi tidak dapat dihalusi dengan penuh mesra oleh individu-individunya (penggiat) kerana satu faktor yang harus diakui semua – kemampuan intelektual yang terlalu rendah.

Muzik perlu dilihat sebagai cermin untuk proses penjiwaan yang sarat dan bernas. Tidak menjadi masalah jika mahu memainkan muzik apa pun, tetapi jangan malas. Jangan malas mengaji, jangan malas meneroka daerah-daerah baru.

Proses penghasilan seni sebenarnya terpengaruh secara langsung dengan pengalaman manusia melalui setiap zamannya. Jika muzik sekadar untuk berhibur dan untuk hal yang ‘ringan-ringan’, bersedialah untuk menggali kubur sendiri.

Substance ini tadilah yang sepatutnya ditelitikan dan diteladani untuk mengukur kualiti halus sesuatu muzik. Teknologi rakaman, canggihnya peralatan, efek, gitar dan sebagainya hanyalah ‘adding values’ yang jika menurut pandangan aku, tidak banyak membantu pun untuk menentukan darjat mana-mana muzik.

Aku marah dengan situasi tanah berdaulat ini menjadi tempat pembuangan sisa-sisa muzik dari luar, kerana yang masuk ke sini bukan semuanya / tidak banyak yang betul-betul bagus. Di sebabkan sikap dan daya fikiran kita yang sudah sebati sebagai golongan konsumer juga, kita tidak lagi dapat membuat pertimbangan yang adil.