".....gaya
pemikiran seperti itu jarang berada dalam jangkauan para pemuzik di negara ini
yang lebih gemar meniru bulat-bulat idea dan konsep sesuatu muzik yang telah
dipopularkan oleh artis lain. Malah, paling memalukan apabila golongan
yang malas berfikir, kurang membuat kajian dalam soal ini berasa bangga apabila
mereka kononnya mendakwa berjaya meniru gaya
muzik artis yang menjadi idola mereka...."
Karyawan muzik biasanya akan memerah idea bagi menghasilkan
konsep muzik yang baru, segar dan unik. Tujuannya supaya mampu memenuhi
selera peminat mereka. Kelainan daripada segi bunyi, susunan muzuk, irama
dan penampilan imej yang tesendiri amat penting bagi membezakan antara seseorang
artis itu dengan yang lain.
Cetusan idea-idea itu antaranya bergantung kepada kreativiti
dan pengamatan yang tinggi di kalangan karyawan muzik. Faktor itu turut
dipengaruhi oleh persekitaran kehidupan seharian mereka dalam menzahirkan
sesebuah konsep muzik.
Bidang perindustrian yang meluas di negara-negara maju
seperti United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) contohnya, telah
mencetuskan kewujudan sebuah konsep muzik unik yang dikenali sebagai
industrial. Muzik industrial yang mula popular pada pertengahan tahun
1980-an di Eropah dan AS antara lain tercetus daripada bunyi-bunyian yang
dihasilkan daripada kawasan-kawasan perkilangan di sana.
Tidak ramai yang terfikir bahawa bunyi seperti geselan besi
dan pergerakan mesin yang bingit serta bercelaru telah mencetuskan idea bagi
para pembikin konsep muzik tersebut.
Kumpulan Pitch Shifter yang berasal dari kawasan perindustrian di England misalnya, telah mengadaptasi alunan daripada kecamukan bunyi dalam kilang sebagai elemen utama penghasilan muzik dalam lagu-lagu ciptaan mereka. Lima anak muda ini menggunakan bunyi daripada gitar elektrik yang disalut dengan adunan alat distortion (mengherot-benyotkan) hingga menghasilkan suatu bunyi dang cukup 'karat'!Penggunaan alat-alat seperti sampler, turn table dan keyboard juga banyak membantu mereka mengadun bunyi-bunyi yang pelik itu di mana salah satu caranya diilhamkan dari kawasan-kawasan perkilangan. Mengetengahkan lirik-lirik lagu yang menggambarkan tekanan kehidupan sosial akibat 'putaran ganas kehidupan' seakan-akan serasi dengan genre muzik yang mereka ketengahkan itu. Antaranya soalan rusuhan, kegiatan jenayah di jalanan, pengangguran, kemelesatan ekonomi dan keganasan dalam rumahtangga telah menjadi seperti suatu manifestasi dalam lagu-lagu mereka.

Pitchshifter merupakan antara kumpulan pemuzik industrial
yang menerima pujian ramai pencinta muzik kerana cetusan idea mereka yang untuk
dan bombastik itu. Bunyi dan muzik baru itu dapat didengar keunikannya
menerusi album sulung Pitch Shifter berjudul Industrial yang diedarkan oleh
syarikat rakaman Peaceville Records di England pada tahun 1989. Ternyata
idea dan konsep muzik industrial yang diketengahkan oleh mereka itu turut
berjaya memberi nafas baru dalam industri muzik di UK yang memang terkenal dengan
pelbagai revolusi dan evolusi menerusi cabang seni itu.
Selain Pitchshifter, kumpulan Sonic Violence yang senegara
dengan mereka turut mengekspresikan adunan cetusan ilham bunyi muzik dari kilang-kilang
perindustrian menerusi album pertama mereka yang berjudul Jaged. Sonic
Violence dan Pitchshifter yang mula bernaung di bawah Peaceville Records pada
penghujung 1980-an merupakan antara generasi pemuzik terawal yang mempopularkan
genre muzik tersebut.
Walaupun pada awalnya susunan lagu dan genre muzik
industrial yang cuba
diperdengarkan agak bising dan pelik, tetapi idea seperti itulah
yang membuktikan tahap kreativiti para pemuzik terbabit. Pengasas Penceville Records iaitu Guru
Hammy sekitar awal 1989 diberitahu bahawa industri muzik yang besar seperti di
UK dan AS sentiasa mencari kelainan dari semasa ke semasa. Bagi mereka,
idea yang unik dan tidak terfikir oleh pemuzik lain merupakan sesuatu yang amat
berharga berbanding nilai-nilai kebendaan yang boleh dimiliki asalkan adanya
'kuasa beli'.
"...kami bukannya mencari corak muzik yang terbaik, tetapi
kami lebih sukakan muzik yang unik dan baru. Kalau mahu mencari pemuzik
yang hebat, ramai graduan muzik dari Berkelee
College yang hebat skil
permainan mereka. Gitar contohnya, boleh dibeli kalau seseorang itu ada
duit dan mahu bermain gitar. Tetapi persoalannya, berapa ramai yang ada
idea untuk mencipta sesuatu yang tersendiri daripada gitar itu..." ungkap
Guru Hammy dalam penuh makna.
Falsafah dan pendekatan Guru Hammy itu memang ada
kebenarannya kerana ia merupakan suatu survival utama bagi para penyanyi dan
pemuzik di negara seperti UK
atau AS demi memikat halwa telinga para peminat di sana. Ini kerana, di negara seperti AS
tedapat puluhan ribu pemuzik yang tampil dengan pelbagai konsep muzik tetapi
yang benar-benar berjaya hingga ke peringkat antarabangsa dan kekal lama adalah
mereka yang kreatif dan tersendiri.
Sayangnya, gaya
pemikiran seperti itu jarang berada dalam jangkauan para pemuzik di negara ini
yang lebih gemar meniru bulat-bulat idea dan konsep sesuatu muzik yang telah
dipopularkan oleh artis lain. Malah, paling memalukan apabila golongan
yang malas berfikir, kurang membuat kajian dalam soal ini berasa bangga apabila
mereka kononnya mendakwa berjaya meniru gaya
muzik artis yang menjadi idola mereka. Sepatutnya, para penyanyi, pemuzik dan komposer kita memerah
idea, membuat kajian, banyak membaca serta memperbandingkan dengan muzik-muzik
yang telah dihasilkan oleh artis-artis yang telah berjaya selama ini.
Inisiatif seperti itu mampu meluaskan lagi pengamatan dan pendengaran mereka
dalam menghasilkan sesuatu gaya
muzik yang tersendiri pada masa depan.
Selain UK, senario yang sama juga berlaku misalnya di Oakland, California, AS dengan menyaksikan kemunculan banyak kumpulan pemuzik industrial seperti Global Genocide Forget Heave (G.G.F.H.) yang tampil dengan stail muzik, bunyi dan konsep tersendiri. The Prodigy antara kumpulan pemuzik era baru dari UK yang tampil dengan muzik industrial dan telah melakukan banyak tokok tambah muzik berbentuk eksperimen dalam lagu-lagu ciptaan mereka. Ia termasuklah menerusi album terbaru The Prodigy yang berjudul Invaders Must Die edaran Universal Music Sdn Bhd.

Jika di Malaysia, kumpulan Infectious Maggot merupakan antara kumpulan muzik industrial yang pernah tampil dengan album pertama mereka berjudul Deep Within Our Grief Factory Milk Rund Red pada 1993. Kumpulan-kumpulan pemuzik industrial lain tidak kurang hebatnya seperti Marlin Spike, Industrious, Front 242, Skinny Puppy, Ministry, Kong, Einsturzender Neubauten dan Godflesh. Kemunculan genre muzik industrial secara tidak langsung telah memperkayakan lagi genre muzik yang sedia ada di mana ia semakin berkembang pesat dan menjadi trend di kalangan pemuzik serta peminat sehinggalah hari ini.
Namun pada masa sama, ramai juga pemuzik yang kini
menggaru kepada kerana mereka mungkin sudah ketandusan idea bagi menghasilkan
genre muzik-muzik baru demi memenuhi selera peminat yang sentiasa berubah
mengikut zaman. Golongan ini seperti sudah kehabisan idea bagi mencipta
muzik-muzik baru selain pop, jazz, blues, reggae, ska, metal, punk, klasikal,
dangdut dan sebagainya yang telah pun banyak diketengahkan sebelum ini.
No comments:
Post a Comment