"....Objektif
utama Purge The Arbitrator ditubuhkan ialah atas minat yang mendalam kami
terhadap muzik death metal dan ingin meneroka muzik death metal ini secara
maksima. Dikala scene muzik death metal masih ditakuk yang sama, kami
memberanikan diri untuk bersama-sama band death metal yang lain untuk
merancakkan lagi scene death metal Malaysia ke tahap yang boleh dibanggakan...."
Salam/Hail..apa
khabar Purge The Arbitrator?
- W’salam
,khabar baik dari kami disini. pertama sekali, terima kasih kerana sudi
menemuramah kami(purge the arbitrator).
Bagaimana
dengan scene di Penang sekarang?
- Scene
bawah tanah di Penang masih lagi bergerak perlahan, walaupun ianya ada
peningkatan dari segi sokongan para pendengar muzik DIY. Dari segi penganjuran
gig agak menyedihkan jika dikira dari sudut penubuhan kugiran-kugiran baru yang
memerlukan pendedahan di tempat sendiri.
Boleh
ceritakan sedikit tentang sejarah awal Purge The Arbitrator ni?
- Purge
The Arbitrator ditubuhkan pada Oktober 2010 dan muzik death metal menjadi hala
tuju untuk kugiran kami. Purge The Arbitrator ialah pecahan dari kugiran Pysrosix
dan juga Spiral Beneath.
Bagaimana
pula tercetusnya idea untuk menubuhkan Purge The Arbitrator dan apa maksud
disebalik perkataan Purge The Arbitrator ini atau sebelum ni ada nama lain yang
digunakan?
- Idea
penubuhan band ini dicetuskan oleh saudara Blackbeard dan Arbiti. Mr.H dan
Jackal kemudian menyertai mereka untuk melengkapkan formasi Purge The
Arbitrator. Nama kugiran ini diambil secara rambang dan dipersetujui oleh semua
anggota kumpulan dimana ia sesuai dengan hala tuju muzik yang kami bawa.
Bagaimana
dengan line-up, boleh perkenalkan?
- Purge
The Arbitrator dianggotai oleh Arbit di posisi dram,Blackbeardi dan Jackal
diposisi gitar dan Mr.H diposisi vocal. Untuk waktu terdekat ini, posisi bass
gitar tidak diperlukan dan kami berempat selesa dengan situasi sekarang.
Dari segi
konsep muzik band ni ada yang mengatakan Purge The Arbitrator membawakan
‘Technical Death’ hingga ke ‘Old School Death’, boleh ceritakan secara
keseluruhannya apakah konsep asal yang Purge The Arbitrator bawakan?
- Secara
keseluruhannya,kami(Purge The Arbitrator)memegang kuat akar muzik death metal
dan pada masa yang sama melakukan eksperimentasi untuk menjadikan susunan lagu
kami lebih menarik. Dari sudut komposisi gitar,`riffing’ berat diperlukan dan
kebanyakannya tiada ulangan riff dilakukan untuk sesebuah lagu. Komposisi dram
lebih cenderung ke arah `blast beat’ dan `thrashing untuk mengukuhkan lagi
susunan lagu. Vokal lebih ke arah old-school death metal growl dan untuk
sesetengah lagu, teknik scream menjadi sandaran.
Apa yang
sebenarnya yang mempengaruhi keseluruhan perjalanan muzik Purge The Arbitrator
sepanjang kewujudannya?
- Objektif
utama Purge The Arbitrator ditubuhkan ialah atas minat yang mendalam kami
terhadap muzik death metal dan ingin meneroka muzik death metal ini secara
maksima. Dikala scene muzik death metal masih ditakuk yang sama, kami
memberanikan diri untuk bersama-sama band death metal yang lain untuk
merancakkan lagi scene death metal Malaysia ke tahap yang boleh dibanggakan.
Dari segi
influences band dalam muzik Purge The Arbitrator?
- Muzik
Purge The Arbitrator kebanyakkannya terpengaruh dengan band-band death metal
seperti Cannibal Corpse, Origin, Cryptopsy, Decapitated, Deicide dan banyak lagi.
"....Purge The Arbitrator ialah untuk memastikan karya kami sampai bukan
sahaja di Malaysia,malah di peringkat antarabangsa.Untuk menjayakan misi
itu,kami perlu lebih usaha untuk menjayakan matlamat kami...."
Di
khabarkan band baru saja meriliskan sebuah EP, boleh ceritakan mengenai EP
tersebut?
- Kami
baru meriliskan Self-title EP pertama kami awal tahun 2012. Mengandungi 4 buah
lagu iaitu Prime Thief Authority, Purge The Arbitrator, Pain Theory Addiction dan
Prey Through Allusion. Ia mengambil masa yang agak lama untuk kami riliskan
untuk memastikan kualiti lagu ditahap yang memuaskan.
Bagaimana
pula dengan proses rakaman yang dibuat ketika pembikinannya?
- Secara
umumnya, Proses rakaman dram dan vokal untuk EP kami dilakukan di studio The
Band Shop(Taman Melawati).Untuk rakaman gitar,mixing dan mastering pula dibuat
di Penang. Proses rakaman tidaklah serumit yang dijangkakan,hanya kami mengambil
masa untuk membuat pilihan sound yang tepat dan padat. Kos penghasilan EP ini
tidak setinggi harga rakaman sebuah album,tetapi kami percaya bahawa,untuk
menghasilkan material yang berkualiti,kos perlu diambil kira dan itu bukan
menjadi masalah untuk kami terus berkarya.
Lirik dan
lagu-lagu di dalam EP Purge The Arbitrator berkisar mengenai apa? Siapa yang
bertanggungjawab dalam mencipta lagu/lirik Purge The Arbitrator?
-
Keseluruhan lirik-lirik untuk lagu didalam EP kami dibuat oleh vokalis kami,
Mr.H. Konsep lirik yang ditulis dipersetujui oleh semua anggota kumpulan iaitu
lebih berkisar kearah kemarahan terpendam yang tidak dapat dikeluarkan
,ketidakadilan didalam sesuatu perkara dan mencari erti identiti diri.Untuk
penghasilan lagu didalam EP, kebanyakan dibuat oleh gitaris kami, Lebai dan
kemudiannya disusun,ditambah oleh ahli-ahli yang lain.
Setakat
ini bagaimana pula dengan sambutan terhadap EP tersebut?
- Setakat
ini,penjualan EP agak kurang memberangsangkan disebabkan kami kekurangan medium
untuk membuat promosi.Kebanyakannya dibeli oleh rakan-rakan muzik seperjuangan
dan kenalan yang mengenali kami. Antara sebab lain kerana band kami masih lagi
baru dan memerlukan ruang untuk beraksi di gig-gig supaya lebih ramai mengenali
Purge The Arbitrator.
Selain
terbabit di dalam Purge The Arbitrator, adakah line-up ada terlibat dalam mana-mana projek band atau
menjalankan aktiviti underground lain seperti label-ect?
- Gitaris
kami, Lebai ada menganggotai kumpulan Black Metal, Symphony Jimbalang dan
menjadi session untuk Goatlusting Chaos. Ahli-ahli lain tidak menganggotai
sebarang kugiran metal lain dan selesa untuk berkarya didalam satu kugiran
sahaja.
Apa
definisi metal/death metal bagi anda semua. Sejauh manakah revolusi/idea-idea
didalamnya berjaya mempengaruhi kehidupan korang sebagai rakyat malaysia?
- Definisi
metal/death metal sangat meluas dan ia mengikut fahaman seseorang itu untuk
menilainya. Bagi kami, metal/death Metal mengikut definisi Purge The Arbitrator
ialah salah satu landasan muzik yang bertenaga, segar, lain daripada yang lain
dan relevan zaman ke zaman. Tidak keterlaluan jika kami katakan, ia hanyalah
muzik yang kami semua minati dan berkarya mengikut acuan muzik itu sendiri. Ia
banyak mempengaruhi kami menjadi lebih berani untuk menyuarakan sesuatu benda
yang tidak benar sebagai seorang rakyat didalam Negara yang bernama Malaysia.
Pernahkah
band anda ini disalah ertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab @
disabotaj oleh sesetengah pihak?
- Buat
masa sekarang,tiada masalah dari segi sabotaj dan juga disalah ertikan oleh
sesetengah pihak.Malah,kami banyak mendapat sokongan oleh pendengar muzik death
metal untuk terus berkarya dan beraksi di gig-gig seluruh Malaysia.
Apa
visi/misi Purge The Arbitrator setelah berada di dalam kelompok UG ni?
-
Visi/misi Purge The Arbitrator ialah untuk memastikan karya kami sampai bukan
sahaja di Malaysia,malah di peringkat antarabangsa.Untuk menjayakan misi
itu,kami perlu lebih usaha untuk menjayakan matlamat kami.
Ada
yang mengatakan yang pembawakan Death
Metal di Malaysia tidak tepu/pure deathnya. Mengapa keadaan ini boleh terjadi?
Pada pandangan aku yang tak berapa clear ini, kebanyakan metalheadz di Malaysia
hanyalah metal pada muzik semata-mata, betul ke…boleh komen?
- Bagi
kami, isu tepu atau tidak tepu tidak perlu dijadikan masalah untuk menilai
seseorang itu layak menjadi death metalhead. Kebanyakan peminat muzik
death metal di Malaysia obses dengan ideologi tersebut hinggakan ia menjadi
satu pergaduhan diantara satu sama lain. Ini membuatkan death metaller menjadi
berpuak-puak dan pada masa yang sama,ia bukan menjadi isu death metal lagi, tapi
berlandaskan ego masing-masing. Kami tidak memerlukan juri khas untuk menentukan
kami ini adalah metaller sebenar atau tidak kerana kami hanya menumpukan
terhadap muzik yang kami gemari iaitu death metal.
Korang ada
pengalaman menarik yang nak di kongsi atau juga pengalaman pahit jika ada di
sepanjang korang beraksi dimana-mana show?
- Pada
bulan Jun yang lalu,kami telah beraksi di gig Unholy Hellbangers, Kota Kinabalu
Sabah. Ia merupakan pengalaman manis kami untuk beraksi disana kerana crowds
sabah begitu supportive walaupun kami hanya band pembukaan di gig
tersebut.Terjadi juga perkara-perkara diluar jangkaan tetapi kami masih berjaya
mengharunginya dengan baik.
Dari segi
show bayaran pula, bagaimana korang tentukan benda ni?
- Setakat
ini, kami tidak pernah mengambil sebarang bayaran untuk beraksi di sesebuah
gig. Hanya pengangkutan dan juga tempat penginapan(tempat jauh) yang biasa
ditawarkan.Untuk bermain sesebuah gig, kami akan pastikan semua ahli bersetuju
untuk beraksi dan tiada hal pada hari gig dijalankan.
Kita boleh
lihat sekarang ini gig-gig di Malaysia
semakin banyak diadakan, kebanyakannya gig-gig ni bermain dalam satu atau dua
genre sahaja, apa pandangan korang mengenai perkara ini?
- Bagi
kami,ini satu permulaan yang baik untuk mengembangkan jenisan muzik-muzik
tertentu kearah yang lebih tinggi. Malah, kami tiada masalah beraksi di gig-gig
campuran selagi ia tiada membabitkan soal agama, ideologi dan
perkauman. Penganjuran gig-gig campuran genre ini perlu dianjurkan dengan lebih
kerap lagi untuk membuka mata sesetengah pihak yang menuduh genre death metal
tidak boleh bercampur.
Pandangan
korang mengenai perkembangan scene bawahtanah setakat ni pula bagaimana?
- Kami
boleh katakan yang gerakan U/G Malaysia dahulu lebih sukar untuk bersosial atau
berkongsi minat muzik tertentu disebabkan sistem komunikasi yang terhad dan
halangan daripada sesetengah pihak yang kolot contohnya;(akhir tahun 80an isu
potong rambut panjang dikalangan mat rock oleh Dato Muhammad Rahmat) Berbeza
dengan gerakan U/G sekarang yang lebih senang untuk menyampaikan material
mereka (facebook,blog dan etc) dan berkongsi minat yang sama tanpa halangan.
Selepas
ini apa perancangan Purge The Arbitrator dan terima kasih atas kesudian
menjawab interview ini. Kata-kata pesanan korang kepada readers yang baca zine
ni?
-
Perancangan kami selepas ini lebih kepada menumpukan material baru untuk projek
album yang akan datang jika tiada aral melintang dan juga beraksi dengan lebih
kerap untuk mempromosikan kugiran kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih
sekali lagi kepada SeliparMalayaZine kerana sudi menemuramah Purge The
Arbitrator. Kepada semua peminat tegar muzik Death Metal di Malaysia, sila
memberi sokongan terhadap kami yang masih lagi baru di scene underground dengan
membeli EP kami yang berharga RM10 dan juga menonton persembahan kami di
gig-gig yang akan datang. Sebarang info bolehlah menghubungi kami melalui
facebook, Purge The Arbitrator. Long live Malaysian Death Metal!
"....isu tepu atau tidak tepu tidak perlu dijadikan masalah untuk menilai
seseorang itu layak menjadi death metalhead. Kebanyakan peminat muzik
death metal di Malaysia obses dengan ideologi tersebut hinggakan ia menjadi
satu pergaduhan diantara satu sama lain. Ini membuatkan death metalhead menjadi
berpuak-puak dan pada masa yang sama, ia bukan menjadi isu death metal lagi, tapi
berlandaskan ego masing-masing...."
No comments:
Post a Comment