"....tapi yang utama bagi aku tetap ilmu dan cara hidup
yang aku pelajari dari agama yang aku anuti iaitu Islam. Tapi sebenarnya banyak
persamaan antara Islam dan punk rock. Kedua-duanya menyuruh manusia melakukan
kebaikan dan menolak penindasan...."
Assalamualaikum
dan salam sejahtera! Kata mukadimmah untuk teman-teman yang sedang membaca zine
ini, pertama sekali, apa itu Dum Dum Tak dan apa yang menarik tentang nama Dum
Dum Tak ni?
- Waalaikumsalam. Aku Nizang, mewakili band
Dum Dum Tak, band punk rock dari Kuala Lumpur menjawab soalan-soalan ini. Semua
jawapan adalah buah fikiran peribadi aku, tidak mewakili semua individu dalam
band ini. Nama ni digunakan kerana bunyinya agak pelik dan kelakar. Kami
inginkan nama yang kelakar kerana kami pun bukannya manusia jenis serius
sepanjang masa.
Apa
projek terbaru DDT sekarang ni?
- Kami sedang rancak mempromosikan CD
terbaru kami iaitu split dengan Always Last dan mungkin akan membikin video
untuk sebuah lagu dari split tersebut, InsyaAllah. Dan juga, buku kami Aksi
Reaksi sedang dalam proses untuk dikeluarkan edisi kedua yang dijangka siap
pada bulan Disember 2012. Baju terbaru kami akan dikeluarkan oleh Bogus
Merchandising. Tunggu!
Cerita
serba sedikit tentang penubuhan band DDT, dan line-upnya sekali boleh?
- Semua anggota pernah bermain dalam
band-band yang berlainan iaitu Skunkfix (Fael), Jellybelly & Inikah Hidup
(Nizang), Clumsy Ruby (Rizie), Stick No Bill (Amert) dan Civil Disorder
(Aiman). Pada tahun 2007, kami berkenalan dengan cara trade CD band
masing-masing. Sebelum tu, aku dan Rizie memang tinggal di rumah yang sama di
TTDI, KL. Kami kenal kerana sama-sama berasal dari scene punk rock Kuala
Terengganu, kampung kami. Lepas main lagu sendiri dan rasa syok, kami teruskan
band ni walaupun masa tu Fael dan Aiman masih aktif dengan band mereka. Line-up
terkini adalah Fael –gitar dan vocal, Nizang –bass, Rizie –gitar, Spanky –dram.
Kami juga dibantu oleh rakan-rakan seperti Nakid jika salah seorang line-up
sibuk dengan hal lain.
Apa pandangan DDT tentang scene UG
kita yang sedang naik sekarang?
- Boleh tahan bagus. Tapi mungkin perlukan
originality dari segi muzik dan imej. Band-band yang ada bunyi tersendiri
berbanding yang sedia ada. Kalau orang dengar saja tahu band ni datang dari
Malaysia. Amacam, boleh ke?
Apa
visi/misi DDT?
- Visi kami adalah untuk menjadi sebuah
band yang akan diingati buat masa yang lama dengan lagu-lagu yang catchy dan
berlirik bernas. Misi kami ialah menyebarkan dakyah-dakyah mengenai isu semasa
kepada pendengar kami tak kira siapa pun, terutamanya mereka yang gemarkan
muzik di bawah payung punk, hardcore, indie, metal dan lain-lain. Kami juga
ingin bermain sebanyak boleh di serata tempat dan keluarkan sebanyak produk
yang boleh tak kiralah CD, kaset, baju, video dan produk-produk lain.
Boleh DDT merialisaikan visi/misi ni
sekiranya band ini mempunyai hayat yang panjang dalam masa 3-5 tahun akan
datang?
- InsyaAllah. Kita hanya merancang. Tolak
ansur dikalangan ahli sangat penting.
Aku dapat simpulkan band ni memainkan
irama punk rock yang laju. Ok, bagaimana anda menggambarkan muzik band anda
serta mesej-masej yang disampaikan kebanyakan mengenai apa?
- Ya, betul. Kami main punk rock laju dan
agak hentam keromo sebab kami bukan pandai sangat main muzik. Fael dan Spanky
boleh tahan pandailah. Pada album “Hentikan Penindasan” kebanyakan lagu kami
laju, kami simpulkan ia sebagai “hardcore punk” tetapi pada dua lagu dalam
kompilasi “Senandung Pawer-Kord” dan “Give & Take” lagu kami kedengaran
lebih hardcore. Keluaran kami yang terkini iaitu split dengan Always Last, lagu
kami agak kurang laju, ada berbunyi poppunk jepun, ada berbunyi streetpunk...
Beli dan dengarkan sendiri. Tapi kami masih menggelarkan muzik kami secara
amnya sebagai “hardcore punk”. Lirik-lirik kami adalah berkenaan sosio-politik
semasa di sekeliling kita, tentang turun ke jalan, tentang kepincangan
pentadbiran, masalah pilihanraya, menentang diskriminasi dan lain-lain isu
semasa.
Dari
segi rujukan, band mana yang selalu menjadi rujukan utama korang dalam menghasilkan
setiap meterial dalam muzik DDT ni?
- Kami semua suka Greenday, Marjinal, The
Gags, FSF, Nostalgia, Bad Religion dan Widji Thukul. Aku juga suka Carburetor
Dung, Kuchalana, The Mindless Show, The Bollocks, Bunga Hitam, Minor Threat,
Kalashnikov, Dead Kennedys, Operation Ivy, Bob Dylan, Cat Stevens dan
lain-lain. Dua-tiga minggu ni aku asyik layan Butterfingers “Kembali”,
Monoloque “Jejak Tanah”, Ramli Sarip, M. Nasir dan S. M Salim. Dah 17 tahun
dengar punk rock dan muzik acuan barat saja sekarang baru hargai lagu-lagu
melayu.
Apa definisi punk dan hc bagi anda,
sejauh manakah revolusi serta idea-ideanya berjaya mempengaruhi kehidupan anda
seorang rakyat Malaysia?
- Bagi aku, punk/hc itu adalah ilmu dan
seni yang menuntut keadilan. Dah 15 tahun aku mendalami ilmu punk/hc dan banyak
aspeknya aku gunapakai dalam kehidupan aku. Dari bangun tidur sampai aku tidur
semula. Dua puluh empat jam. Tapi yang utama bagi aku tetap ilmu dan cara hidup
yang aku pelajari dari agama yang aku anuti iaitu Islam. Tapi sebenarnya banyak
persamaan antara Islam dan punk rock. Kedua-duanya menyuruh manusia melakukan
kebaikan dan menolak penindasan. Kalau dulu semua benda aku nak buat aku pikir
dari aspek etika punk rock, sekarang aku nak buat apa saja aku fikir hukumnya
menurut ajaran Islam.
Pernahkah
band anda ini disalah ertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab @
disabotaj oleh sesetengah pihak?
- Pernah juga dulu pernyataan aku disalah
ertikan. Ada organizer gig yang bertanya padaku kalau mereka hendak menjemput
kami untuk bermain di gig mereka, berapa RM perlu dibayar pada kami. Aku hanya
bergurau dan menjawap RM800. Dia mempercayainya dan beritahu kawan-kawannya.
Jadi kecoh. Hehehe…sebenarnya kami tak kisah pun dibayar berapa RM untuk satu
persembahan. Tapi kalau boleh, sekurang-kurangnya dapat menampung tambang pergi
dan balik, jadilah. Tapi kami juga faham kalau hasil tidak memberansangkan, tak
perlu bayar pun takpe kalau di tempat yang berdekatan.
Kenapa
boleh jadi macam tu?
- Mungkin kerana sekarang makin banyak band
DIY yang meletak harga minima jika hendak menjemput mereka. Berbanding dulu,
band-band punk/hardcore tidak meletak harga tetap. Tapi kami faham, kalau band
dah lama, banyak komitmen lain dan tanggungan. Mereka perlukan duit dan tidak
mampu untuk mengeluarkan duit sendiri untuk berlatih, tambang, dan penginapan.
Ada juga yang bermain muzik sepenuh masa jadi terpaksa meletak harga yang tetap
jika hendak membuat persembahan.
Apakah
yang anda faham tentang demokrasi ni?
- Entah, demo kerasi kot? Negara demokrasi
bermaksud Negara yang diperintah oleh rakyat. Rakyat bebas untuk memilih
kerajaan. Pilihan majoriti akan naik ke tampuk pemerintahan.
Adakah
anda merasakan negara kita merupakan sebuah negara yang berdemokrasi dan adakah
anda merasakan diri anda bebas untuk bersuara?
- Banyak penyelewengan berlaku seperti
penggunaan pengundi hantu, penyelewengan undi pos, politik wang dan manipulasi
media arus perdana oleh pihak yang menguasai tampok kerajaan sahaja. Malaysia
juga masih ada akta yang zalim iaitu I.S.A yang membolehkan seseorang individu
ditangkap tanpa perbicaraan di mahkamah. Jadi anda sendiri tahu apa jawapan
aku…
Sekiranya
anda di beri tugas sebagai pemerintah, apa yang anda akan lakukan untuk Negara
anda?
- Mentadbir berpandukan Al-Quran dan
As-sunnah…
Adakah band ini mempunyai ahli yang
berperinsipkan Straight Edge?
- Rizie
dan aku dulu adalah straight edge. Tapi aku dah drop edge dan betulkan niat.
Hidup bebas dari rokok, dadah, arak dan seks kasual kerana tuntutan tuhan bukan
kerana idea manusia lain. Ini kerana aku mahukan keuntungan di dunia dan
selepas aku meninggalkan dunia ini juga.
Dulu
gig campur boleh dikatakan mendapat sambutan, boleh duduk dan layan sekepala walaupun
berlainan genre. Tapi sekarang ni memang susah nak tengok gig campur berada di
bawah satu bumbung, apa pandangan anda mengenai perkara ni?
- Lebih
elok dan menyeronokkan kalau band yang beraksi datang dari pelbagai kelompok
kawan, pelbagai jenis muzik, pelbagai fesyen, pelbagai latar belakang, pelbagai
bangsa dan budaya. Baru syok. Kalau satu atau dua genre saja, mungkin dari
kelompok dan negeri yang berbeza. Kelompok dari KL, dari Kedah, dari Pahang,
dan lain-lain. Baru boleh berkenalan dengan kawan-kawan yang baru.
Pandangan anda tentang isu-isu gejala
sosial yang semakin dikata negetif dikalangan remaja-remaja sekarang?
- Tidak patut untuk memperdagangkan manusia
kerana manusia bukannya binatang ternakan, produk atau objek. Manusia punyai
hati, perasaan dan akal. Remaja yang terlanjur membuang anak mereka kerana
sikap masyarakat sekeliling juga sebenarnya. Kerana di Malaysia perkara
sebegini dipandang sangat hina. Tapi kita perlu ubah mindset kita. Sesuatu
kempen perlu dilakukan untuk mengubah keadaan ini. Ya, betul berzina itu
dilarang dalam ajaran kebanyakan agama tetapi remaja-remaja yang terlanjur ini
perlukan sokongan moral dan bukan penghinaan dan kecaman.
Ada ahli dalam DDT ni yang kaki merempit tak? Hahahaha…
- Dulu sebelum kahwin aku selalu merempit.
Tapi lepas bernikah ni, dah jarang-jarang naik motor. Tapi selalu juga aku bawa
anak kecil aku meronda kampong menaiki motor ayah mertua aku. Rizie dulu juga
selalu merempit dengan skuternya tapi tidak lagi sekarang. Tapi kami bukan kaki
rempit sebenarnya, sekadar menggunakan motor sebagai kenderaan harian untuk ke
sana kemari.
Dari
segi masej lirik yang korang sampaikan melalui persembahan pentas, adakah semua
mesej yang korang tulis tu sampai kepada mereka yang mendengarnya, pernah tak
korang buat autopsy kat dioraang?
- Biasanya kami akan memberi sedikit
penjelelasan sebelum atau sesudah kami main lagu tersebut di show-show kami.
Jika hadirin yang datang kami rasa ramai yang kurang tahu tentang kami atau
tentang punk rock, kami akan terangkan dengan lebih panjang. Kami galakkan
hadirin di gig untuk membeli CD kami kerana dalam setiap CD keluaran kami pasti
kami sertakan lirik kami dan juga penerangan dalam bahasa inggeris. Aku tak
pasti ia sampai kepada hadirin atau tidak. Tapi kalau mesej kami tak sampai
pada crowd 100% pun, kalau 20% pun kami anggap kami dah berjaya.
Penerimaan
tu bagaimana?
- Setakat ni Alhamdulillah, penerimaan
terhadap band ni sangat memberansangkan. Pendengar kami tidak terhad pada
golongan tertentu tapi agak menyeluruh dari pelajar sekolah, cikgu, aktivis,
peminat muzik, ahli politik, pekerja professional dan lain-lain. Aku rasa ini
disebabkan oleh lagu dan lirik kami yang agak catchy dan ringan. Tidak terlalu
bising/art, berat dan ianya senang difaham dan mudah dihadam.
"....itu terpulang. Tetapi artis-artis
mestilah tahu tentang isu-isu semasa dan hal-hal sosio politik terutama di
dalam Negara sendiri. Pada yang berani dan turut serta dalam acara-acara
seperti ini, tabik hormat buat kalian...."
DDT
di khabarkan pernah terlibat secara langsung dengan perhimpunan yang dianjurkan
oleh BERSIH 0.2 dan 0.3 yang di adakan di ibu kota baru-baru ini, Persoalannya
apakah faedahnya yang anda dapat melalui perhimpunan/demonstrasi tersebut?
- Sebenarnya kami tidak terlibat secara
langsung dengan acara Bersih 0.2. Aku pun tak pasti samada ahli band ada turun
di Bersih 0.2 atau tidak. Tapi kami menyokong Bersih 0.2 dimana ramai rakyat
turun ke jalan raya di ibu kota untuk menuntut pilihanraya yang adil dan
bersih. Kami semua ada turun di acara Bersih 03. Kami juga pernah membuat persembahan
di acara Konsert Bersih 0.2. Mungkin agak mengelirukan di situ antara Bersih 0.2
dan Konsert Bersih 0.2 iaitu dua acara
yang berbeza. Perhimpunan-perhimpunan dan juga acara-acara lain yang dianjurkan
oleh Bersih pada asasnya adalah bertujuan untuk menuntut keadilan dalam
pilihanraya umum akan datang. Jadi, di acara-acara seperti ini peserta-peserta
boleh menunjukkan kemarahan, tunjukkan bahawa masyarakat celik politik, tidak
mahu ditipu lagi oleh parti pemerintah yang sangat selesa kerana memerintah
selama 55 tahun. Kami berkongsi tenaga, berkongsi cerita, berkongsi kegembiraan
dan sama-sama membantu menyampaikan mesej dengan apa cara jua yang boleh
difikirkan. Agenda-agenda lain juga turut diketengahkan seperti anti-Lynas,
Anti-ISA, isu harga barang naik dan lain-lain.
Bagi
anda adakah artis mahupun band-band UG lain, patut terlibat secara langsung
menyertai program seperti ini?
- Itu terpulang. Tetapi artis-artis
mestilah tahu tentang isu-isu semasa dan hal-hal sosio politik terutama di
dalam Negara sendiri. Pada yang berani dan turut serta dalam acara-acara
seperti ini, tabik hormat buat kalian. Ini termasuklah band-band yang turut
beraksi di Konsert Bersih dan artis-artis yang turun padang menyatakan sokongan
pada acara seperti Perhimpunan Bersih, Anti-Lynas, Protes Harga Minyak,
Mansuhkan ISA, dan lain-lain. Jika menyampaikan mesej melalui lagu pun sangat
baik walaupun tidak turun di lapangan. Cara-cara lain juga boleh dilakukan
seperti di facebook, twitter dan blog untuk menyatakan pendapat mereka tentang
isu-isu semasa.
Apakah
yang anda tidak puas hati dengan sistem pentabiran kita di Malaysia secara
umumnya?
- Antara isu-isu yang pernah kami nyanyikan
adalah seperti akta zalim ISA, harga petrol, ketidakseimbangan pentadbiran
ekonomi, manipulasi media massa oleh kerajaan, manipulasi pilihanraya, isu
pengundi hantu dan politik wang, korupsi yang dikhabarkan berleluasa dalam
pentadbiran Negara, ketirisan dan salahguna wang rakyat, pencerobohan dan
robohan rumah-rumah setinggan dan kampung-kampung seperti Kampung Berembang di
Ampang, jurang ekonomi yang makin ketara, dan lain-lain…harap kerajaan prihatin
dengan kehendak rakyat dan tidak pentingkan diri sendiri dan poket sendiri
sahaja. Wallahua’lam.
Sebelum mengakhiri interview ni, ada pesanan anda dan Dum Dum Tak kepada newcomers?
- Banyak belajar, baca buku dan cari
rasional sesuatu tindakan kita. Jangan ikut sahaja secara buta tuli. Kalau nak
buat apa-apa projek, jangan tiru orang putih seratus peratus. Ambil idea mereka
tapi buatlah cara sendiri. Masukkan juga elemen dari budaya sendiri supaya ada
identity tersendiri yang unik. Jangan jadi klon dan tiruan. CD kami yang
terbaru iaitu split bersama Always Last sebanyak 12 lagu sudah berada di
pasaran. Boleh dapatkan dari aku, sms aku di 0179639316 atau email
nizangmosh@gmail.com. Harga RM12 kalau datang jumpa aku atau RM15 kalau aku pos
kepada alamat korang. Terima Kasih pada Selipar Malaya zine, bagus nama zine
ni, aku suka. Terima kasih pada pembaca. Hubungi kami untuk apa-apa atau
sekadar untuk mengucapkan ‘Hi’. Assalamualaikum.


"....banyak penyelewengan berlaku seperti
penggunaan pengundi hantu, penyelewengan undi pos, politik wang dan manipulasi
media arus perdana oleh pihak yang menguasai tampok kerajaan sahaja. Malaysia
juga masih ada akta yang zalim iaitu I.S.A yang membolehkan seseorang individu
ditangkap tanpa perbicaraan di mahkamah...."